Saintis komputer Larry Tesler yang terkenal kerana mencipta fungsi ‘Cut, Copy dan Paste’ pada komputer meninggal dunia pada usia 74 tahun.
Sebagai bekas kakitangan Xerox PARC, Apple, Amazon, dan Yahoo!, Larry Tesler dikenali sebagai pencipta revolusi dalam industri teknologi dan sains komputer kerana telah membantu memudah cara berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia.
Kita tidak akan dapat memotong, menyalin dan menyisip teks, imej, video atau apa-apa sahaja yang berkaitan komputer jika tidak kerana mendiang Larry Tesler.
The inventor of cut/copy & paste, find & replace, and more was former Xerox researcher Larry Tesler. Your workday is easier thanks to his revolutionary ideas. Larry passed away Monday, so please join us in celebrating him. Photo credit: Yahoo CC-By-2.0 https://t.co/MXijSIMgoA pic.twitter.com/kXfLFuOlon
— Xerox (@Xerox) February 19, 2020
Kejayaan Larry Tesler dalam memperkenalkan fungsi tersebut merupakan satu sumbangan yang sangat besar kepada dunia pengkomputeran.
Larry Tesler dilahirkan pada tahun 1945 di Amerika Syarikat merupakan graduan Matematik dari Universiti Stanford sebelum menyertai Pusat Penyelidikan Palo Alto Xerox (PARC) pada tahun 1973.
Bermula di PARC, Larry Tesler telah mencipta pintasan klasik menerusi papan kekunci Crtl + C dan Crtl + V yang memperkenalkan konsep ‘Cut, Copy & Paste’.
Pexels/ Gambar Hiasan
Menurut Gizmodo, Larry Tesler bersama dengan Tim Mott, membantu membangunkan ‘antara muka pengguna grafik yang dipacu tetikus’ dikenali Gypsy, yang merupakan versi pertama susunan komputer yang diguna pakai oleh kita pada hari ini.
Selepas muncul dengan teknologi itu yang mendapat perhatian Steve Jobs, Larry telah berhijrah ke Apple dari tahun 1980 hingga 1997, di mana beliau bertugas dalam pelbagai peranan termasuk menjadi Naib Presiden AppleNet dan Ketua Saintis Apple.
Larry kemudiannya mengasaskan sebuah syarikat bernama Stagecast Software, yang membantu kanak-kanak mempelajari konsep pengaturcaraan, sebelum menyertai Amazon pada tahun 2001.
YouTube/Paparan Skrin
Beliau akhirnya menjadi Naib Presiden Pengalaman Membeli-Belah Amazon dan kemudian bekerja untuk Yahoo!, di mana beliau bertanggungjawab dalam bahagian pengalaman pengguna dan reka bentuk kumpulan.
Tahun-tahun terakhir Larry Tesler dalam hayatnya adalah dalam kerja perundingan.
Larry Tesler telah banyak menyumbangkan kepakaran dan bertanggungjawab membangunkan perisian yang membolehkan pengguna mula menggunakan papan kekunci semasa membuka aplikasi. Sebelum itu, terdapat program yang boleh dibuka, namun kekunci mungkin dipetik kepada suatu fungsi lain yang bekerja di latar belakang.
Pexels/ Gambar Hiasan
Kita mengambil mudah semua perkara pada hari ini dan hanya mengharapkan segala-galanya bekerja untuk kita sebagai mana yang sepatutnya atas sumbangan besar yang dibangunkan oleh Larry Tesler.
Individu genius seperti Larry Tesler yang berusaha memikirkan bahawa kita semua memerlukan gajet berteknologi tinggi dengan cara dan sistem yang lebih mudah seperti penggunaan komputer peribadi, komputer riba dan telefon pintar demi masa hadapan.
Inovasi Larry Tesler membuka jalan lebih mudah kepada generasi kini dan mengubah kehidupan kita semua. Tabik kepada mendiang.
Maybe you're interested :