Internet menyajikan pelbagai kandungan buat kita semua, ada yang bersifat santai, tidak kurang ada juga yang mengandungi pelbagai maklumat penting dan berguna. Semuanya terpulang kepada kita, si pengguna internet.

Jadi tidak hairanlah kebanyakan orang pada masa kini gemar menghabiskan masa untuk melayari internet kerana ada sahaja bahan yang boleh mengisi masa senggang seseorang, lebih-lebih lagi ketika dilanda kebosanan.

Daripada video masakan, teknik lukisan, tatarias wajah sehinggalah kepada perkara-perkara aneh sekali pun, pasti ada yang menontonnya. Seperti seorang lelaki dari Johor ini yang menyiarkan dirinya sedang tidur secara langsung di media sosial.

Tidak perlu lakukan perkara yang sukar mahupun pelik-pelik sekalipun, siaran langsung yang merakamkan lelaki yang menggunakan nama akaun AC Hami di laman Facebook tersebut berjaya meraih sehingga lebih 60,000 tontonan!

AC Hami/Facebook

Menerusi siaran itu, lelaki tersebut hanya kelihatan tidur seperti biasa secara normal. “Sebelum tidur, kita lazimnya akan berfikir apa yang harus dilakukan pada hari berikutnya. Tetapi paling penting, kita perlu berehat (tidur)”, tulisnya.

Lelaki terbabit juga sempat berkongsi 3 langkah yang membantu dirinya tidur dengan mudah :

  1. Tarik nafas panjang menerusi mulut dan hembuskan ia secara perlahan-lahan melalui hidung. Ulang sebanyak tiga kali.
  2. Cuba kosongkan fikiran dan fikirkan petak persegi. Gandakan jumlahnya sehingga anda tertidur.
  3. Hanya fikir yang anda mahu tidur.

Tidak sangka pula ramai yang berminat menyaksikan orang lain tidur secara langsung di laman media sosial. Sehingga kini, rakaman siaran tersebut telah menerima sebanyak 1,800 reaksi daripada warga Facebook.

“Tiap kali saya tengok kamu tidur, saya pun tidur”, tulis seorang pengguna di ruangan komen.

AC Hami/Facebook

Pengguna lain pula sukakan senarai lagu yang dimainkan ketika siaran berlangsung.

AC Hami/Facebook

AC Hami/Facebook

Ada juga pengguna yang berasa lucu dengan siaran sebegini…

AC Hami/Facebook

Mungkin kita agak pelik melihat siaran berdurasi sejam 46 minit itu namun di China, sudah ramai yang popular kerana menyiarkan diri mereka tidur secara langsung di laman sosial, di mana ia meraih lebih 10 juta tontonan. Hebat!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular