Ekoran kebimbangan masyarakat dunia tentang penularan wabak COVID-19 sejak akhir tahun lalu, pihak World Health Organization (WHO) telah menggariskan langkah pencegahan jangkitan wabak tersebut, antaranya adalah dengan memakai topeng muka.

Semenjak daripada itu, kita dapati bekalan topeng muka kian berkurangan, terutamanya di negara-negara luar. Inilah saat dan peluang keemasan yang dilihat oleh para kapitalis untuk menggandakan keuntungan disebalik kesulitan yang dialami.

Ada juga pembekal yang sesuka hati menaikkan harga topeng muka kerana mereka tahu ia merupakan barang keperluan yang pasti akan dibeli oleh umum sungguhpun diletakkan dengan harga yang tinggi.

Youtube | Tin tức Hằng ngày

Itulah yang dilakukan oleh sebuah syarikat Viet Han Company Ltd. yang berpangkalan di Hanoi, Vietnam, di mana syarikat tersebut sebenarnya didaftarkan untuk menjalankan operasi penghasilan napkin dan percetakan.

Tetapi oleh kerana pasaran mengalami masalah kekurangan topeng muka, maka mereka menukarkan operasi kepada penghasilan topeng muka bagi menampung permintaan pasaran. Tetapi apa yang mengejutkan, ianya tidak dihasilkan daripada bahan yang sepatutnya!

Pemeriksaan pegawai berkuasa baru-baru ini menemui puluhan gulungan besar tisu tandas yang digunakan di dalam kilang yang terletak di daerah Thuong Tin, di mana tisu diguna bagi menggantikan lapisan bakteria pada topeng muka biasa.

Youtube | Tin tức Hằng ngày

“Syarikat ini telah menipu pengguna ketika kebimbangan orang ramai terhadap wabak novel koronavirus”, kata ketua pasukan Jabatan Pengawasan Pasaran Hanoi, Hoang Dai Nghia. Tambahnya, kesemua stok topeng tersebut telah pun dirampas.

Pihaknya kini dalam proses mempertimbangkan hukuman penalti yang berat untuk dikenakan pada syarikat yang tidak beretika itu. Sebanyak 140,000 keping topeng muka telah dirampas ekoran penghasilan yang kurang jelas.

Sejak awal Februari lalu, pihak berkuasa telah mengesan lebih 4,200 kes pelanggaran undang-undang berkait dengan pengeluaran topeng muka di sana.

Menerusi satu rakaman video di YouTube yang disiarkan oleh saluran video tempatan, memperlihatkan betapa mudahnya topeng muka berkenaan dikoyakkan dan dilarut di dalam air.

Youtube | Tin tức Hằng ngày

Naik geram juga melihat ketamakan segelintir pihak demi mengaut keuntungan tanpa memikirkan orang lain. Sebelum ini, topeng muka berlapisan antibakteria biasanya diimport dari China namun penularan wabak COVID-19 di sana telah mengehadkan bekalan daripada sana ke luar negara.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular