GEORGETOWN – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah menyita dan menarik lesen sebuah klinik yang terletak di Lebuh Naning kerana beroperasi tanpa lesen yang sah selain menjual sijil cuti sakit kepada umum tanpa perlu menjalani pemeriksaan.

Menurut maklumat daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), klinik itu pernah diberi amaran pada tahun 2018 kerana membekalkan ubat tamat tarikh luput, selain sistem pendaftaran serta rekod kesihatan pesakit tidak teratur.

Pemeriksaan berikut mendapati bahawa keadaan masih lagi sama dan JKN telah menarik lesen klinik pada 10 Disember lalu.

Namun ia masih lagi beroperasi serta menjual sijil cuti sakit kepada umum dengan harga RM10 tanpa pesakit perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan kesihatan.

Penyitaan klinik swasta berkenaan yang sudah beroperasi selama 16 tahun itu disahkan oleh Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr. Asmayani Khalib.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 91(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular