Majoriti rakyat Malaysia mempunyai pandangan yang agak buruk mengenai sikap dan cara pemanduan pemandu-pemandu Myvi di jalan raya.

Hal ini disebabkan oleh penularan beberapa video memaparkan sikap pemandu Myvi yang memandu secara berbahaya. Ada yang memandu secara laju hingga mengakibatkan berlakunya pelanggaran, masuk terjunam ke dalam lubang dan bermacam-macam lagi.

Tetapi dalam sebuah video yang tular di Facebook baru-baru ini memaparkan betapa ‘berkuasanya’ kereta Myvi merah yang dirakamkan menerusi kamera pengawasan (CCTV). Video berdurasi 21 saat itu memaparkan sebuah Myvi berwarna merah sedang memandu secara perlahan di sebuah jalan.

Facebook

Secara tiba-tiba, sebuah Proton Wira berwarna hitam datang dari arah belakang dalam keadaan yang laju sedang cuba untuk memintas Myvi merah melalui ruang yang agak sempit di bahagian kiri jalan.

Tindakan yang tidak bijak itu menyebabkan bahagian belakang Myvi merah dirempuh dengan agak kuat sehingga mengakibatkan Wira hitam itu terbalik.

Facebook

Apa yang melucukan adalah meskipun dirempuh, pemandu Myvi merah itu tetap meneruskan perjalanannya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ramai yang terkejut melihat reaksi pemandu Myvi merah itu yang kekal ‘tenang’ meskipun kenderaannya baru sahaja dilanggar.

Facebook

“Boleh tahan Myvi Merah tu macam kereta kebal”.

“Myvi pernah kata walaupun saya kecil tetapi impian saya besar”.

“Kereta terbaik di bumi, boleh terbang, boleh berenang dan segalanya. Kita percaya pada Myvi”.

“Mungkin Myvi itu dicuri dan dia (Proton Wira) cuba langgar untuk hentikan? Sangat pelik Myvi itu teruskan pemanduan lepas kena langgar”.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan lokasi kejadian dan nasib yang menimpa pemandu Proton Wira itu. Semoga tiada kecederaan yang serius berlaku kepada mangsa dan diharap agar mangsa akan lebih berhati-hati serta mematuhi peraturan jalan raya selepas ini.

Rakaman video litar tertutup kejadian tersebut:

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular