KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar yang berusia 11 tahun dilaporkan masih belum ditemui selepas dipercayai hilang sejak beberapa hari yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Pesuruhjaya Noor Azmi Yusoff, kes kehilangan Fulmina Abdul Ghufur yang kali terakhir dilihat di Jalan Bunga Tanjung 7, Taman Muda, Ampang diklasifikasi sebagai Kertas Enkuari Polis Orang Hilang (KEP OH).

Portal Rasmi Kanak-kanak Hilang

“Pada Sabtu lalu, kanak-kanak ini memberitahu bapanya dia mahu ke kedai membeli makanan di tingkat bawah rumah, namun kira-kira 30 minit kemudian mangsa belum pulang dan memaksa bapanya mencari di sekitar kawasan kedai. Bapa yang juga pengadu turut mencari di rumah rakannya malah di sekitar Taman Muda. Polis difahamkan kejadian ini adalah kali pertama berlaku dan tidak berlaku perselisihan faham antara mereka”.

Menurut Noor Azmi lagi, Fulmina merupakan pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR). Pihak berkuasa kini melancarkan usaha keras bagi menjejaki kanak-kanak ini antaranya dengan melakukan sebaran Nur Alert.

Laporan polis mengenai kehilangan Fulmina telah dilakukan di Balai Polis Pandan Indah pada 16 Februari lalu iaitu sehari selepas kanak-kanak ini tidak pulang ke rumahnya.

Portal Rasmi Kanak-kanak Hilang

Berikut adalah ciri-ciri fizikal Fulmina yang diharap boleh dijadikan sebagai panduan untuk orang ramai mengenal pasti sekiranya terserempak dengan kanak-kanak ini.

  • Tinggi 160cm
  • Berat 45kg
  • Berkulit cerah
  • Hidung yang mancung
  • Kali terakhir dilihat memakai baju T berwarna hijau dan seluar hitam

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Shahidatul Nur Binti Mohd Yusoff di talian 03 4289 7222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” kata Noor Azmi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular