- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Pemandu Grab menolak bayaran tambang selepas mengetahui penumpangnya menghidap kanser

Baik hati! Itulah kata-kata yang sesuai diberikan kepada seorang pemandu Grab ini apabila dia sanggup menolak bayaran tambang yang seharusnya dikenakan kepada penumpangnya.

Seorang pengguna Facebook, Faizal Idashah [1] telah memuat naik sebuah status di Facebook yang menceritakan tentang kejadian tersebut yang dialami oleh Syukri Haziq.

Menurut status itu pemandu Grab tersebut telah menolak bayaran sebanyak RM 22 walaupun telah dipaksa berkali-kali.

Gambar Hiasan/Unsplash [2]

Pemandu tersebut yang merupakan seorang lelaki berbangsa Cina, Tan Hwee Sing dikatakan telah menolak bayaran tersebut kerana mengetahui bahawa bapa Syukri menghidap penyakit kanser usus dan ketika kejadian berlaku mereka berdua dalam perjalanan pulang dari Hospital Sultanah Nora Ismail.

Status Facebook itu juga memberitahu kita bahawa kita sebagai rakyat Malaysia tidak pernah dipisahkan oleh bangsa yang berlainan. Tanpa mengira bangsa, kita semua rakyat Malaysia sering bersatu dan tolong-menolong.

Facebook [3]

loading...