Jika kita melawat ke zoo, kita boleh melihat pelbagai jenis haiwan yang jarang ditemui dalam kehidupan seharian kita. Dan, menerusi lawatan zoo juga, kita boleh menyaksikan sendiri cara hidup haiwan-haiwan yang dibela di dalamnya.
Misalnya, seorang pengguna Twitter (@n_dancapy) dari Jepun ini ada melawat Zoo Ichihara no Kuni yang terletak di Chiba, Jepun. Bagaimanapun, semasa lawatan, @n_dancapy secara tidak sengaja terakam sebuah momen lucu antara burung undan dengan capybara, sejenis tikus bersaiz besar yang lazimnya ditemui di kawasan tropikal Amerika Selatan.
ねずみ年の主役カピバラをマッサージ❓するペリカン❗️
食べようとしているのではありません(多分?)
仔カピもボワってますしw#市原ぞうの国 #カピバラ #ねずみ年 pic.twitter.com/QTj1OM2AQJ— メンタコ旦 (@n_dancapy) January 1, 2020
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat bahawa kedua-dua haiwan ini ditempatkan dalam kandang yang sama dan masing-masing sudah diberi makanan yang berbeza untuk dimakan.
Tetapi, entah apa yang difikirkan oleh salah seekor burung undan itu, pada hari tersebut, burung undan itu begitu berselera mahu makanan yang jauh lebih besar dan menyelerakan, iaitu capybara yang turut berada dalam kandang yang sama.
Dengan fokus kepada seekor capybara yang besar, burung undan itu membuka paruhnya dengan luas, berhasrat untuk menyerang capybara itu.
Bagaimanapun, saiz capybara yang terlalu besar dan bulat itu membuatkan percubaan burung undan itu menemui kegagalan.
Tidak berputus asa, burung undan itu kali ini cuba untuk menangkap bahagian leher capybara itu pula. Mungkin kerana saiz lehernya yang lebih kecil berbanding tubuhnya boleh membantu memudahkan urusan burung undan ini.
Bagaimanapun, semua jangkaan burung undan itu meleset sama-sekali! Capybara itu masih lagi berada di tempat yang sama, langsung tidak terkesan dengan ‘ancaman’, malahan menunjukkan reaksi yang ‘lega’ seolah-olah diurut oleh paruh burung undan itu!
Memang melucukan!
Setelah beberapa percubaan untuk menyerang capybara itu gagal, akhirnya burung undan kelihatan menyerah kalah.
Rata-rata dari warganet juga berasa sangat terhibur dengan ‘niat’ burung undan dan reaksi lucu capybara itu.
“Burung undan, itu bukan bebola nasi.”
“Kelihatan seperti orang tua yang menerima urutan”
“Sangat comel dan manis! Urutan yang selesa dari burung undan”
Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman berdurasi 29 saat ini telahpun mendapat lebih dari 46,000 tontonan, 2,336 sukaan, 1,099 ulang kicau dan 19 komen sejak dimuatnaik pada malam 1 Januari lalu.
Maybe you're interested :
- Mulianya hati lelaki ini, sanggup selamatkan kucing dahulu walaupun rumah dah dinaiki air
- 21 tahun menderita penganiayaan Parti Komunis China, pengamal Falun Gong teguh pendirian meninggal dunia
- Saksikan reaksi spontan dan jujur oleh kucing dan anjing ini ketika pertama kali bertemu haiwan-haiwan liar di zoo. Comel betul!