Kita semua sedia maklum akan pembebasan beberapa pesakit yang dijangkiti dengan Covid-19 yang dilaporkan sudah pulih dan dibenarkan untuk pulang untuk ke negara masing-masing.

Daripada 22 kes, tujuh masih lagi mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan masih menunggu keputusan ulangan yang dilakukan sebelum dibenarkan pulang.

Gambar Hiasan/YouTube

Kejayaan kerajaan Malaysia dalam menangani penularan wabak ini ternyata mendapat perhatian media seluruh dunia dan menjadi topik perbualan yang hangat dalam kalangan pengguna Twitter di Jepun.

Dikhabarkan ramai warga Jepun berkongsi satu tweet daripada @JPenerangan yang memaklumkan mengenai garis panduan yang harus majikan di Malaysia ikuti untuk menangani wabak Covid-19.

Maklumat yang dikongsikan oleh Kementerian Sumber Manusia ini adalah sebagai panduan kepada majikan Malaysia untuk mengelakkan konflik apabila berhadapan dengan pekerja-pekerja yang baru pulang dari negara-negara yang dicemari dengan virus Covid-19 seperti China, Jepun, Hong Kong dan juga Singapura.

Dalam garis panduan tersebut, tersenarai lima tindakan yang harus majikan ambil iaitu:

  • Mengarahkan pekerja menjalankan pemeriksaan dan perbelanjaan akan ditanggung majikan
  • Memberi cuti sakit berbayar/kelayakan hospital semasa tempoh kuarantin pekerja sama ada dikuarantin di rumah atau hospital
  • Memberi gaji penuh kepada pekerja yang mendapat perintah kuarantin daripada pengamal perubatan berdaftar dari negara-negara dengan kes 2019-nCoV dengan kewajipan rasmi/arahan majikan
  • Tidak boleh menghalang pekerja untuk datang bekerja jika tiada perintah kuarantin dikeluarkan. Namun, majikan boleh mengarahkan pekerja yang tidak sihat untuk tidak hadir dengan menyediakan cuti sakit berbayar
  • Tidak boleh mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji semasa tempoh kuarantin

kurakuranet/Twitter

Penularan tweet daripada Jabatan Penerangan ini menerima lambakan respon daripada netizen di Jepun yang rata-ratanya memuji langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia.

“Cemburunya! Kerajaan Malaysia sememangnya sangat efisien!”.

“Inilah kegigihan sebuah negara dalam menangani rakyat daripada dijangkiti”.

Gambar Hiasan/YouTube

Hal ini kerana di Jepun, cara kerajaan mengendalikan kes Covid-19 ini sangat berbeza daripada kerajaan Malaysia. Di Jepun, sekiranya rakyat diarahkan untuk menjalani proses kuarantin, segala kos adalah ditanggung sendiri.

Malah, pihak majikan juga tidak memberikan cuti sakit berbayar kepada pekerja yang sakit. Di samping itu, kerajaan Jepun juga tidak membatalkan sebarang acara awam meskipun negara dilanda wabak yang membawa maut itu.

Selain pengguna Twitter Jepun, kecekapan dan kesediaan Malaysia dalam menangani isu ini turut mendapat pujian daripada Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO).

Maybe you're interested :

Share

Video Popular