LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak Palauh (Bajau Laut) telah ditahan bersama 14 individu yang lain oleh sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu ekoran mengacukan pistol mainan sambil meminta sedekah.

Penahanan tersebut dijalankan pada 19 Februari kira-kira jam 10.36 pagi menerusi operasi cantas yang di kawasan lampu isyarat Taman Aman Jaya dan Bandar Sri Perdana. Kesemua 15 individu yang ditahan berusia antara enam bulan hingga 31 tahun.

InfoLaluLintasSabah/Facebook

ACP Nasri Mansor selaku Ketua Polis Daerah Lahad Datu berkata bahawa pihaknya bertindak atas gambar yang tular di media sosial melibatkan seorang kanak-kanak Palauh tidak berbaju memegang pistol mainan ketika meminta sedekah.

“Siasatan lanjut mendapati bahawa kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Daripada kesemua tahanan, 11 daripadanya adalah kanak-kanak”, jelasnya dalam satu kenyataan.

Kesemua yang ditahan difahamkan akan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Tambah Nasri, siasatan pihak polis mendapati bahawa senjata yang dipegang oleh kanak-kanak itu ketika meminta sedekah adalah pistol mainan yang diberi ibunya untuk bermain dengan kanak-kanak yang lain.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular