Cinta secara ringkasnya merupakan kasih sayang yang utuh dan berkekalan, yang dirasai oleh makhluk Tuhan, tidak kiralah terhadap insan lain, haiwan, tumbuhan dan pelbagai lagi. Dalam konteks sesama manusia, ia melibatkan emosi yang dikongsi antara pasangan.

Pasangan yang bercinta lazimnya mempunyai rasa sayang yang sangat mendalam antara satu sama lain, di mana mereka lazimnya akan bersedia menghadapi apa jua cabaran mendatang selain sangat menjaga antara satu sama lain sebaik mungkin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Bersempena dengan Hari Kekasih pada 14 Februari lalu, Datuk Lee Chong Wei sempat berkongsi kisah percintaannya dengan isteri tercinta di laman Instagram peribadi miliknya. Menurutnya, pepatah Cina ada mengatakan, ‘Burung Cinta yang mencintai satu sama lain akan kelihatan serupa seiring berlalunya waktu’.

 

View this post on Instagram

 

There is a Chinese saying that goes,’ Love birds who love each other will tend to look more like each other as time passed by’. I did not believe till I saw these photos. We do have the same badminton ‘pattern’. Of course I don’t want to look like her , she is far too beautiful for me. I used to joke with her during courtship,’ I need to win international titles otherwise she will never accept my face’. But deep down, I know she would love me even though I’m a nobody. Afterall, we started courtship when I was cleaning court in BJSS. She has since became the most important person mine and my children’s life. During my last fight with cancer, I told myself I don’t want to die so early because I don’t want her to cry for me. Happy valentine’s Mrs Lee. No one knows how much you suffered for me except for God and me. I thank you and I love you so much . 据说,相爱的两个人会越来越像,原本我不以为然,直到我看到这组照片,球场上的我们动作竟然可以如此相似,不过只限动作,外表来说,她是那么美丽动人,甚至我告诉他人一定要拿下一些国际头衔,不然她怎么看得上我呢!😄 当然这些只是玩笑话,因为无论高矮肥瘦,健康生病富有贫穷,她依然在哪里用她的方式呵护着我和这个家。已经忘了这是我们一起度过的第几个情人节,但还是要说一声,李太太,情人节快乐,未来请继续多多指教。❤️ #今天据说有permit可以放闪 #愿天下有情人终成眷属

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Tambah lagenda badminton negara tersebut, sudah pasti beliau tidak mahu kelihatan sama seperti isteri, Datin Wong Mew Choo memandangkan isterinya jauh lebih menawan jika dibandingkan dengan dirinya.

Ketika sibuk menjalani latihan dahulu, beliau difahamkan telah kerap kali bergurau dan mengatakan bahawa dirinya perlu menjuarai kejohanan antarabangsa, barulah isterinya itu mahu menerima mukanya.

Namun jauh di sudut hati Datuk Lee Chong Wei, beliau sama sekali tahu bahawa isterinya ketika itu akan mencintainya walaupun beliau bukanlah siapa-siapa. Pasangan merpati dua sejoli tersebut kemudian mula bercinta sebaik sahaja Datuk Lee Chong Wei selesai membersihkan gelanggang di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Semenjak daripada itu, Datin Wong Mew Choo merupakan insan paling penting dalam hidup beliau dan juga anak-anak mereka. Tambahnya, ketika beliau sedang berjuang melawan kanser, beliau tekad memberitahu diri untuk terus hidup kerana tidak mahu ditangisi oleh isteri tercinta.

“Selamat Hari Kekasih, Mrs Lee. Tiada siapa yang tahu betapa banyak penderitaan dan kesengsaraan yang kamu lalui disebabkan oleh saya, kecuali Tuhan dan saya. Saya berterima kasih kepada kamu dan saya sangat cintakan kamu”, tulisnya.

Perkongsian bermakna tersebut setakat ini telah menerima lebih 91,000 tanda suka, dan rata-rata pengguna yang lain sangat tersentuh dengan rasa cinta yang dizahirkan oleh wira badminton negara tersebut.

“Saya suka cara kamu hargai isteri”, tulis seorang pengguna.

leechongweiofficial/Instagram

Kata-kata yang sungguh memberi inspirasi..

leechongweiofficial/Instagram

Memang bersemut pun. Sweet sangat!

leechongweiofficial/Instagram

Semoga cinta yang bersemi antara mereka berdua kekal mekar dan diharapkan pasangan ini dan juga kita semua akan bahagia dengan pasangan masing-masing hendaknya. Sama-sama kita doakan!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular