Tandas adalah satu kemudahan yang amat penting bagi memudahkan kita ‘melepaskan hajat’. Pada masa yang sama, demi memastikan kebersihan tandas kita haruslah mengamalkan etika penggunaan tandas yang betul.

Namun begitu, masih ramai yang memandang enteng akan aspek ini dan mengabaikan tanggungjawab dalam memastikan tandas sentiasa bersih.

Selain tandas awam, penggunaan tandas di dalam pesawat juga merupakan satu cabaran dalam isu kebersihan. Selain ruangnya yang agak sempit, tandas di dalam pesawat juga tidak menyediakan kemudahan air.

Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai penumpang yang tidak tahu etika penggunaan tandas pesawat sehingga menyebabkan tandas ini seringkali ditinggalkan dalam keadaan yang kotor dan menjijikkan.

Oleh demikian, seorang pramugara yang berkhidmat dengan syarikat penerbangan AirAsia terpanggil untuk memberikan pendidikan dan juga kesedaran kepada orang ramai berkenaan isu penggunaan tandas pesawat menerusi Instagram Story beliau.

Pramugara dengan nama akaun @amirchewill telah memuat naik beberapa gambar dan panduan dan tips penting tentang penggunaan tandas pesawat yang betul.

amirchewill/Instagram

Tips pertama, gunakan tuala tangan yang telah disediakan untuk mengeringkan tangan anda. Selepas itu, jangan lupa untuk membuangnya ke dalam tong sampah.

Jangan biarkan tuala tangan yang telah digunakan menimbun di atas tong sampah kerana perkara ini akan menjadi ikutan individu lain.

amirchewill/Instagram

Sekiranya keadaan ini berlaku kepada diri anda, anda disarankan untuk mengambil tuala tangan lain dan masukkan kesemua sampah itu ke dalam tong sampah dengan sempurna.

Selepas itu, anda boleh mencuci tangan dan jangan lupa untuk membawa cecair pembasmi kuman bersama!

amirchewill/Instagram

Kemudahan tandas pesawat adalah terhad dan anda disarankan untuk membuang air besar, air kecil ataupun muntah anda ke dalam mangkuk tandas.

Jangan sesekali lakukannya di sinki mahupun lantai tandas. Selepas itu, gunakan pam tandas bagi menjamin kebersihan untuk kegunaan pengguna lain pula.

amirchewill/Instagram

amirchewill/Instagram

Bagi ibu bapa yang membawa bayi, anda diminta untuk menukar lampin bayi di dalam tandas dan bukannya di dulang tempat duduk anda. Setelah selesai, minta plastik daripada kru kapal untuk membuang lampin bayi tersebut.


amirchewill/Instagram

Dalam perkongsian yang terakhir, @amirchewill mencadangkan para pengguna yang ingin membuang air besar untuk meminta cawan daripada kru penerbangan memandangkan tiada paip air disediakan.

amirchewill/Instagram

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan 1001 pengajaran buat diri kita agar sama-sama menjaga kebersihan tandas.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular