Secara logiknya, sebagai manusia biasa, kita tidak dapat meramalkan perkara yang bakal berlaku di masa akan datang, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan penularan wabak berjangkit seperti COVID-19 yang muncul kebelakangan ini.

Taiwan News

Namun, terdapat satu petikan daripada novel ‘The Eyes of Darkness’ hasil nukilan seorang penulis dari Amerika Syarikat, Dean Koontz yang menggemparkan apabila ia berkisarkan tentang sebuah makmal ketenteraan di China yang mencipta virus sebagai sebahagian daripada program senjata nuklear.

Novel tersebut mengisahkan seorang ibu, Christina Evans yang berusaha mencari kebenaran mengenai anak lelakinya, Danny – sama ada masih hidup ataupun tidak setelah menyertai aktiviti perkhemahan.

Taiwan News

Christina kemudian telah berjaya mengesan anaknya itu dibawa lalu ditempatkan di sebuah kemudahan ketenteraan setelah Danny secara tidak sengaja dijangkiti dengan mikroorganisme yang dicipta oleh manusia di sebuah pusat penyelidikan.

Mengejutkan apabila pada bab ke-39 novel berkenaan, Koonz menulis bahawa pusat itu terletak di Wuhan, sekaligus memberikan nama kepada virus terbabit iaitu Wuhan-400. Berikut merupakan petikan perbualan Christina dengan lelaki di makmal tersebut :

“I’m not interested in the philosophy or morality of biological warfare,” Tina said. “Right now I just want to know how the hell Danny wound up in this place”.

“To understand that,” Dombey said, “you have to go back twenty months. It was around then that a Chinese scientist named Li Chen defected to the United States, carrying a diskette record of China’s most important and dangerous new biological weapon of the past decade. They call the stuff ‘Wuhan-400’ because it was developed in their RDNA laboratory just outside the city of Wuhan, and it was the four-hundredth viable strain of man-made microorganism created at the research center”.

Pusat penyelidikan yang diceritakan pada novel terbabit mungkin merujuk kepada Wuhan Institute of Virology – lokasi makmal keselamatan biologi 4 peringkat di China. Ia merupakan makmal klasifikasi tertinggi yang turut menyelidik pelbagai virus dahsyat dan terletak 32 kilometer daripada lokasi pertama COVID-19 pertama dikesan.

Mungkin ada di antara kita yang pernah mendengar tentang teori konspirasi berkenaan dengan penghasilan COVID-19 oleh manusia dan ianya ‘terlepas’ daripada makmal virologi yang terletak di Wuhan, bukan?

Taiwan News

Namun teori berkenaan dikatakan tidak benar sama sekali. Ini kerana terdapat petikan lain yang terdapat di novel berkenaan mendedahkan bahawa virus itu tidak dapat hidup di luar hos lebih daripada satu minit.

“Wuhan-400 is a perfect weapon. It afflicts only human beings. No other living creature can carry it. And like syphilis, Wuhan-400 can’t survive outside a living human body for longer than a minute, which means it can’t permanently contaminate objects or entire places the way anthrax and other virulent microorganisms can”.

“And when the host expires, the Wuhan-400 within him perishes a short while later, as soon as the temperature of the corpse drops below eighty-six degrees Fahrenheit. Do you see the advantage of all this?”

Nampaknya, bukan Dean Koontz seorang sahaja yang ‘meramalkan’ penularan COVID-19. Ini kerana, seorang lagi pengarang dari Amerika Syarikat, Sylvia Browne juga ada menerbitkan senaskah buku pada tahun 2008 berjudul ‘End of Days: Predictions and Prophecies About the End of the World’.

The Sun Daily

Dalam buku terbabit, Browne menulis tentang penyakit berkaitan dengan sistem pernafasan yang akan menular di seluruh dunia dan apa yang lebih menggemparkan adalah penularan wabak itu dikatakan berlaku pada tahun 2020!

The Sun Daily

“In around 2020 a severe pneumonia-like illness will spread throughout the globe, attacking the lungs and the bronchial tubes and resisting all known treatments. Almost more baffling than the illness itself will be the fact that it will suddenly vanish as quickly as it arrived, attack again ten years later, and then disappear completely.”

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh GLOBAL INSPIRASI

Video Popular