Satu fenomena misteri berlaku di langit Johor Bahru dan Singapura pada jam 5 pagi, 12 Februari lalu apabila beberapa orang saksi terserempak dengan penampakan bebola hijau bercahaya yang melintasi ruang udara sebelum menghilang.

Dalam satu rakaman video dashcam yang dimuat naik oleh seorang pengguna YouTube bernama Crystal, kelihatan satu cahaya berwarna hijau menyala terang turun dari langit dalam masa kira-kira 5 saat sebelum ia lenyap.

YouTube/Paparan Skrin

Rakaman video yang menjadi tular di media sosial itu membuat ramai netizen tertanya-tanya apa sebenarnya objek terbang yang berwarna hijau menyala itu.

YouTube/Paparan Skrin

Sehingga ada yang bergurau memberi komen bahawa beberapa orang adiwira sedang mendarat ke bumi.

Facebook

Ramai netizen yang berkongsi rakaman video tersebut dalam laman Facebook, dengan ada yang membalas mereka juga bertuah kerana terserempak cahaya terang yang sama pada hari dan masa itu kecuali warnanya sedikit berlainan iaitu kebiruan.

Di Singapura, beberapa orang terlihat cahaya terang yang sama di satu lokasi bernama Loyang, tepat pada jam 5 pagi yang sama.

YouTube/Paparan Skrin

Walau apa sahaja yang difikirkan orang, fenomena cahaya di langit ini sudah biasa berlaku dan menurut pandangan pakar dari International Meteor Organization (IMO), bebola api yang dimaksudkan itu adalah serpihan meteor yang turun dari angkasa dan ia boleh terdiri daripada batu kecil atau logam yang mengorbit angkasa lepas sebelum memasuki atmosfera bumi.

American Meteor Society menjelaskan komposisi dominan meteorid memainkan peranan penting dalam menghasilkan warna bebola api yang diperhatikan.

YouTube/Paparan Skrin

Sebagai contoh, apabila ia mengewap, kandungan logam dalam serpihan meteor akan menghasilkan beberapa warna ketika bertindak balas dengan kandungan kimia sebaik memasuki atmosfera bumi.

Kata mereka, natrium akan menghasilkan warna kuning, nikel akan menghasilkan warna hijau manakala magnesium menghasilkan warna biru-putih.

YouTube/Paparan Skrin

Berdasarkan laporan yang diterima daripada beberapa individu di Johor Bahru dan Singapura, mereka melihat cahaya itu dalam jangka masa antara 3 hingga 7 saat dan ia muncul dalam beberapa warna iaitu hijau, biru, putih, oren dan juga merah jambu.

Facebook

Apa yang pasti fenomena alam ciptaan Tuhan sungguh menakjubkan dan anda sudah pasti orang yang amat bertuah apabila dapat melihatnya. Maka bersyukurlah.

Tonton rakaman video di bawah :

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular