Seorang pekerja pembinaan dan juga pelumba kerbau handal bernama Srinivasa Gowda mendapat perhatian dunia apabila dikatakan telah berjaya memecahkan rekod larian manusia terpantas di dunia, Usain Bolt.

Dalam satu acara larian bersama dua ekor kerbau yang dikenali perlumbaan Kambala, Srinivasa, 28 tahun telah memecahkan rekod Kambala selepas berlari sejauh 142.5 meter dalam laluan sawah padi yang berlumpur dengan catatan masa 13.62 saat.

Beberapa rakaman video yang tular memaparkan aksi Srinivasa berlari deras bersama dua ekor kerbau dalam perlumbaan Kambala di sebuah perkampungan di Karnataka pada awal Februari.

Seorang pengguna Twitter @dp_satish menulis, “Pada jarak 100 meter laluan berlumpur sawah padi, catatan masa larian hanya 9.55 saat! Usain Bolt mengambil masa 9.58 saat pecutan 100 meter.”

Pencapaian Srivinasa telah mendapat perhatian banyak pihak termasuk beberapa orang ahli politik yang mahunya menyertai ujian pecut kebangsaan bagi mengesahkan catatan masa lariannya itu.

Namun, Srivinasa memberitahu media India yang dia tidak dapat menyertai ujian pecut kebangsaan kerana kecederaan pada kakinya.

Sementara itu, Menteri Sukan India, Kiren Rijiju memaklumkan menerusi laman Twitternya bahawa beliau telah menguruskan tiket kereta api bagi perjalanan Srivinasa Gowda ke pusat larian yang berada di bawah jurulatih SAI (Pertubuhan Sukan India) bagi mengenal pasti bakat serta akan memberinya latihan yang betul.

Malangnya, Srivinasa telah mengumumkan untuk menolak tawaran rasmi tersebut dengan berkata, “Saya berlari dengan kerbau di sawah padi. Fokus saya hanya kepada perlumbaan Kambala.”

Ekoran keputusan yang dibuat Srivinasa, Setiausaha Akademi Kambala, Profesor Gunapala Kambada membuat kenyataan, “Satu penghormatan besar buat Kambala. Saya berasa agak kesal Srivinasa tidak dapat menyertai ujian tersebut.”

“Dia ada perlumbaan lain pada bulan hadapan. Kami tidak menolak tawaran itu dan ia mungkin boleh diadakan pada masa lain,” kata Profesor Gunapala.

Diharap pihak-pihak yang berkenaan dapat memberi ruang kepada Srivinasa Gowda dengan tidak memberi tekanan di atas keputusan yang dibuat dan menghormati pendiriannya.

Tonton rakaman video di bawah :

Maybe you're interested :

Share
Kategori: SUKAN VIDEO

Video Popular