KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia disarankan untuk mengehadkan penggunaan plastik sekali guna di samping menjalinkan kerjasama dengan syarikat kitar semula selepas dilaporkan menjadi negara yang menggunakan bahan plastik tertinggi di seluruh Asia.

MUNIR UZ ZAMAN/AFP via Getty Images

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh World Wide Fund (WWF), setiap tahun sebanyak 60% daripada 8 juta tan sampah masuk ke dalam laut di seluruh dunia. Daripada peratusan berkenaan, negara yang terlibat adalah China, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan juga Malaysia. Seandainya isu pencemaran ini berterusan, jumlah bahan plastik yang masuk ke dalam laut dijangka akan meningkat sehingga empat kali ganda di antara tahun 2010 hingga 2050. Hal ini bermakna lautan diramal akan mengandungi lebih banyak sampah berbanding hidupan laut pada pertengahan abad itu.

JUAN MABROMATA/AFP via Getty Images

Daripada keenam-enam negara yang disebutkan ini, Malaysia dicatatkan sebagai pengguna plastik tertinggi per kapita tahunan dengan anggaran 16.8 kilogram plastik bagi setiap penduduk diikuti dengan Thailand sebanyak 15.5 kilogram.

Sementara itu, penyelaras WWF iaitu Thomas Schuldt berpendapat Malaysia menjadi penyumbang penggunaan bahan plastik tertinggi di Asia memandangkan Malaysia adalah salah sebuah negara yang kaya.

PERDIANSYAH/AFP via Getty Images

“Terdapat banyak perkhidmatan penghantaran makanan yang tinggi dengan penggunaan plastik pembungkus. Tambahan pula, terdapat juga banyak produk yang dijual di pasaraya setiap hari”.

LOUISA GOULIAMAKI/AFP via Getty Images

Tambahan pula, sistem pelupusan sampah yang tidak selaras dengan kemajuan teknologi dan pembangunan turut menyumbang kepada peningkatan penggunaan sisa plastik yang akhirnya bukan sahaja menjejaskan hidupan marin tetapi juga berkeupayaan untuk masuk ke dalam sistem rantaian makanan manusia di samping menggugat sektor pelancongan.

MOHD RASFAN/AFP via Getty Images

Oleh demikian, Thomas telah menyeru kepada kerajaan Malaysia untuk melaksanakan pengenalan sistem kitar semula yang lebih teratur dan bekerjasama dengan syarikat kitar semula untuk mengurangkan penggunaan bahan plastik. Thomas turut memberikan cadangan kepada pihak kerajaan agar melancarkan kempen kesedaran dalam kalangan rakyat untuk memupuk tabiat mengasingkan sampah mengikut kategori yang ditetapkan. Sekiranya program ini berjaya, kadar pencemaran bahan plastik mungkin akan berkurangan sekali gus dapat memulihara keindahan alam semula jadi.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular