Berikutan penyebaran wabak COVID-19 di seluruh dunia, kebanyakan negara dilaporkan semakin meningkatkan langkah berjaga-jaga untuk membendung penyebarannya kerana semakin hari, angka kematian yang direkodkan adalah semakin meningkat.

15 kes baharu di Korea Selatan

Pada Rabu, 19 Februari, laman The Epoch Times melaporkan bahawa sebanyak 15 kes COVID-19 telah dikesan di Korea Selatan, dalam masa yang sama telah meningkatkan jumlah kes di negara berkenaan kepada 46 kes.

Gambar hiasan/STR/AFP via Getty Images

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) berkata dalam satu laporan bahawa 13 kes baru telah disahkan di bandar Daegu di Provinsi Gyeongsang Utara, 300 kilometer tenggara Seoul.

Menurut KCDC, terdapat 11 mangsa adalah kontak bagi kes COVID-19 ke-31 di negara ini – iaitu seorang wanita warga Korea Selatan berusia 61 tahun yang tinggal di Daegu. Sepuluh kes baharu pula adalah kenalan yang menghadiri gereja yang sama dengan wanita itu.

Wanita itu disahkan positif COVID-19 pada hari Selasa tetapi telah mengalami demam seawal 10 Februari. Menurut AFP, sebelum ini wanita itu dilaporkan menolak untuk diuji dengan ujian pengesanan COVID-19 kerana belum pernah ke luar negara.

Selain itu, kes terbaharu juga melibatkan seorang lelaki berusia 77 tahun yang tidak pernah pergi ke luar negara. Satu lagi kes pula melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang disahkan sebagai pesakit COVID-19 ke-20 negara itu, dan seorang wanita Korea berusia 41 tahun yang diuji positif COVID-19 pada 5 Februari semasa sedang dikuarantin.

4 Kes baharu di Singapura

Gambar hiasan/Unsplash

Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan empat lagi kes COVID-19 yang baru.

Tiga kes baru ini dikaitkan dengan sekumpulan kes di gereja Grace Assembly of God, yang sudah mempunyai 16 kes yang disahkan. Kes lain adalah ahli keluarga bagi pesakit kes yang sebelumnya di Singapura.

Kesemua empat pesakit dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, menurut Channel News Asia.

Kemas kini hari Selasa juga menyatakan bahawa kes ke-76 di Singapura adalah melibatkan seorang kanak-kanak berusia 1 tahun yang disahkan positif COVID-19 selepas tiba dari Wuhan pada 9 Feb tanpa gejala, namun kanak-kanak berkenaan telah “pulih sepenuhnya dari jangkitan” dan “dibebaskan dari Hospital.”

Eksklusif: Rejim Cina menapis lebih dari 1,600 maklumat berkenaan COVID-19 di internet

Gambar hiasan/Unsplash

Jabatan propaganda di Provinsi Hubei yang dilanda virus telah menapis lebih dari 1,600 maklumat dari internet dengan melabelkannya sebagai “maklumat sensitif” berkaitan dengan wabak COVID-19, menurut dokumen internal yang diperoleh The Epoch Times.

Laporan dalaman, yang bertarikh 15 Februari memperincikan usaha agensi untuk meningkatkan langkah penapisan. Perkara ini digubal selepas ucapan yang diberikan oleh pemimpin China Xi Jinping melalui pautan video pada 10 Februari lalu kepada “responden barisan hadapan” wabak COVID-19 di Wuhan, ibukota Hubei, di mana virus itu pertama sekali dikesan.

Kemarahan rakyat China semakin memuncak selepas rejimnya mengetatkan kawalan maklumat ke atas wabak yang semakin memburuk, yang menyebabkan semakin ramai penduduk China beralih ke internet untuk melepaskan kemarahan mereka tentang respon pihak berkuasa, atau mendokumentasikan situasi sebenar yang berlaku di lapangan.

Baca lebih lanjut di sini.

Pesakit pertama COVID-19 tidak mempunyai kaitan dengan Pasar Makanan Laut Wuhan: Laporan

Gambar hiasan/Unsplash

Pesakit COVID-19 pertama di China tidak mempunyai hubungan dengan haiwan liar dan pasar makanan laut di Bandar Wuhan, yang didakwa merupakan pusat utama penularan wabak berkenaan, BBC melaporkan pada 18 Februari.

Lelaki yang tidak diketahui, yang dikenali sebagai “pesakit sifar,” adalah seorang pesara berusia 70-an yang dilaporkan jatuh sakit pada 1 Disember 2019 – satu minggu lebih awal daripada apa yang dilaporkan oleh pihak berkuasa kesihatan Wuhan, yang mengatakan pesakit pertama muncul pada 8 Disember.

Penyataan itu selaras dengan kajian 24 Januari yang diterbitkan di The Lancet yang menganalisis 41 kes pertama pesakit COVID-19 yang jatuh sakit antara 1 Disember 2019 dan 2 Januari 2020.

Baca lebih lanjut di sini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular