Suatu perkara yang luar biasa apabila anda melihat penguin tinggal di dalam rumah manusia, boleh berjalan di atas jalan biasa dan semua jiran tetangga sudah lama mengenalinya.

Seekor penguin bernama Lala hidup bahagia di satu tempat terasing yang bukan dalam koloninya.

Lala sebelum ini tinggal di Antartika dan entah bagaimana pada suatu hari dia telah terpisah jauh dari tempat asalnya dan hanyut di lautan luas sehingga sampai ke perairan Jepun.

YouTube/Paparan Skrin

Lala yang hanyut secara tidak sengaja telah terperangkap di dalam jaring nelayan Jepun yang menangkap ikan di Lautan Pasifik.

Nelayan itu tidak melepaskan si comel ini semula ke lautan kerana kasihan dan mahu merawat kecederaannya lalu membawanya pulang ke rumah dan kini dia menjadi pemilik Lala.

YouTube/Paparan Skrin

Sejak itu, Lala tidak lagi pulang ke tempat asal dan terus tinggal di Jepun walaupun cuaca di sana lebih hangat dan tidak sesuai untuk kehidupan penguin.

Namun ajaibnya, Lala boleh sahaja menyesuaikan diri dengan cuaca yang lebih hangat terutama ketika tiba musim panas. 

Demi memastikan keselesaan dan kesihatan Lala terjamin, pemilik itu dan isterinya telah membina sebuah bilik sejuk khas buat Lala di rumah. Dan dia sangat suka dan berterima kasih dengannya.

YouTube/Paparan Skrin

Selepas dapat menyesuaikan diri dengan cuaca dan kini telah menjadi sebahagian daripada ahli keluarga nelayan itu, Lala sudah terbiasa menjalani rutin hariannya.

Lala seekor penguin bijak dan memahami tabiat manusia dan dia tidak kisah kerana boleh mengikuti mereka termasuk mendengar arahan.

YouTube/Paparan Skrin

Setiap pagi, Lala akan diarah pergi ke kedai untuk membeli ikan. Selepas keluar dari bilik sejuk, Lala akan berjalan terkedek-kedek dengan beg galas kecil mimik penguin di belakang yang dipakaikan tuannya.

Dia faham arahan yang menyuruhnya ke kedai ikan. Sambil berjalan, Lala tahu ke mana arah tujuan dan tidak pernah sesat.

YouTube/Paparan Skrin

Lala berjalan perlahan-lahan di dalam cuaca yang agak panas. Adakala, oleh kerana cuaca sangat panas, Lala akan berhenti di rumah jiran dan meminta mereka menyiram air bagi menyejukkan dirinya.

YouTube/Paparan Skrin

Tidak lama kemudian, Lala pun sampai di kedai ikan untuk membeli ikan yang dipesan tuannya. Oleh kerana Lala sangat bijak, dia mendapat habuan seekor ikan besar segar percuma setiap hari daripada pemilik kedai.

YouTube/Paparan Skrin

Selepas Lala selesai makan dan kenyang, ikan segar yang dipesan akan dimasukkan oleh tuan kedai ke dalam beg galas Lala dan dia pun berjalan pulang ke rumah.

YouTube/Paparan Skrin

Tugas Lala membantu tuannya membeli ikan selesai pada hari itu dan dia boleh berehat di dalam bilik sejuknya yang selesa.

YouTube/Paparan Skrin

Melihat Lala yang comel dan pintar mendengar arahan tuan, pasti akan membuat pencinta haiwan lain mula iri hati dan mahu membela penguin pula sebagai haiwan peliharaan.

YouTube/Paparan Skrin

Lala yang gembira tinggal bersama keluarganya di Jepun dan dia kini mungkin telah terlupa akan keluarga sebenarnya yang berada di Antartika.

Tonton video di bawah :

YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular