Seorang pakar virus China mendakwa penularan wabak COVID-19 dikatakan mempunyai kaitan dengan sebuah makmal rahsia di Wuhan di mana seorang penyelidik telah diserang oleh sekumpulan kelawar.

Sebelum ini kerajaan China mengesahkan wabak koronavirus baru bermula dari sebuah pasar makanan laut dan daging di Wuhan, namun seorang saintis dari Universiti Teknologi China Selatan di Guangzhou berpendapat virus itu berasal dari Pusat Kawalan Penyakit Wuhan (WHCDC).

Sebuah jurnal penyelidikan bertajuk ‘The Possible Origin of 2019-nCov’ mengeluarkan laporan dengan dakwaan bahawa kira-kira 605 ekor kelawar telah ditangkap di wilayah Yunnan dan Zhejiang bagi tujuan penyelidikan di WHCDC.

Unsplash/Gambar Hiasan

Jurnal tersebut turut menyebut seorang penyelidik pernah diserang dengan kelawar dan darah haiwan tersebut telah terkena pada kulitnya.

Penyelidik tersebut turut terkena kencing kelawar dan telah mengkuarantin dirinya selama 28 hari.

Makmal WHCDC terletak hanya kira-kira 280 meter dari Pasar Makanan Laut dan Daging Huanan, tempat wabak bermula dan bersebelahan dengan hospital kesatuan di mana sekumpulan doktor telah dijangkiti wabak berkenaan.

Sementara makmal kedua yang juga milik kerajaan terletak kira-kira 12 kilometer dari pasar berkenaan, yang turut disebut dalam jurnal.

Laporan jurnal juga menyebut, kaitan genom daripada para pesakit adalah 89% hingga 96% sepadan dengan genom dijumpai dalam kelawar ladam kuda (Rhinolophus affinis) atau kelawar CoV ZC45 yang membawa wabak koronavirus dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Unsplash/Gambar Hiasan

Laporan menerangkan bagaimana kelawar asli dari wilayah Yunnan dan Zhejiang boleh sampai ke Wuhan dan kebarangkalian haiwan itu dapat terbang jauh adalah sangat minimum.

Sebaliknya penulis jurnal tersebut bernama Xiao Botao dan Xiao Lei merujuk kelawar penyelidikan yang dijalankan oleh makmal WHCDC.

Makmal WHCDC dikatakan dimiliki oleh Institut Virologi Wuhan milik kerajaan yang diklasifikasi sebagai P4 iaitu makmal biokeselamatan tertinggi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular