JAKARTA – Pelakon tampan berasal dari Malaysia yang tidak asing lagi di negara jiran Indonesia, Ashraf Sinclair disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi kerana serangan jantung.

Menurut laporan Kompas.com, kematian suami kepada penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) berkenaan disahkan oleh pengurus kepada BCL sendiri melalui perbualan pada aplikasi Whatsapp.

@ashrafsinclair/Instagram

Ashraf, 40 tahun, dilaporkan telah menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang pada jam 4 pagi tadi (waktu tempatan) di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC) di Kuningan, Jakarta.

Ashraf dilahirkan di London, England pada 18 September 1979 dan merupakan abang kepada model dan pelakon, Aishah Sinclair. Arwah mula dikenali semenjak membintangi filem Gol dan Gincu pada tahun 2005.

Beliau kemudiannya telah berkahwin dengan selebriti dan juga penyanyi dari Indonesia, BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta dan telah mengembangkan kariernya di Indonesia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Sinclair Official (@ashrafsinclair) on

@ashrafsinclair/Instagram

Di sana, beliau popular dengan filem romantik, Saus Kacang pada tahun 2008 dan beberapa lagi siri sinetron (drama bersiri).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Sinclair Official (@ashrafsinclair) on

@ashrafsinclair/Instagram

Hasil perkahwinan beliau dengan BCL selama 12 tahun, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berumur 10 tahun.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular