Kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi tahun ini sekali lagi memperlihatkan kelibat pelumba negara, Mohd Harris Salleh dalam acara perlumbaan tersebut seperti tahun sebelumnya. Apa yang menariknya mengenai pelumba ini selain kemahirannya dia juga terkenal kerana video temuramahnya pernah tular tahun lalu.
Tahun ini sekali lagi Harris mengundang pujian orang ramai apabila dia bercakap dengan yakinnya dalam Bahasa Inggeris walaupun beliau menggunakan broken English tetapi masih mengekalkan loghat Terengganu.
Video tersebut telah dimuat naik di Twitter oleh, MYtehOais yang telah mengundang pelbagi reaksi netizen yang rata-rata memuji keyakinannya berbahasa Inggeris. Ramai yang mengatakan bahawa Harris boleh berbahasa Inggeris dengan baik tanpa menghilangkan loghat dan jati dirinya sebagai anak Terengganu.
Jom lihat sendiri video yang dirakamkan ini. Pasti ramai yang kagum dengan keyakinan dan kebolehan pelumba basikal ini!
Level konpideng die cakak tu tinggi. Salute Harris! Teranu ori boh! pic.twitter.com/rD0Ga8N1x9
— MYtehOais (@my_tehoais) February 13, 2020
Maybe you're interested :