Ada orang kata anak-anak akan berjiwa bebas sekiranya ditinggalkan bersama si ayah yang penyayang. 

Niat murni pasangan suami isteri mahu ambil tanggungjawab menjaga rumahtangga sama rata, tetapi apabila anak-anak ditinggalkan dengan bapa, banyak benda luar dugaan boleh berlaku sehingga mampu menjadikan satu tugas kecil menjadi besar.

Pengalaman seorang bapa yang sibuk bertugas dengan kerjayanya amat mencuit hati apabila pada satu hari beliau telah diamanahkan untuk menjaga anak-anak ketika isterinya tiada di rumah kerana mengikuti kelas di ibu negara.

Perkongsiannya di Facebook sambil menunjukkan beberapa gambar hasil kreativiti anak-anaknya apabila beliau terleka sebentar amat melucukan.

Dalam satu posting, Ariff Ermizie menulis lucu…

Hati-hati kawan-kawan.. Jangan terleka walau 10 minit pun. Asalnya engkau boleh dengar gelak ketawa dia orang main. 

Tapi secara tiba-tiba rumah engkau dengar sunyi sepi, masa tu engkau tidak boleh tunggu lagi. 

Bersegeralah pergi melihat apa yang berlaku.

Silap abang tadi 10 minit yang berharga itu abang lalai. Inilah yang terjadi, habis susu setabung yang baru dibuka semalam.. 

Berenang-renang dua beradik tu..fuhh!

Nasib baik mental abang cukup kuat sekarang ini..

Abang tinggalkan sofa itu begitu sahaja kerana abang hendak masuk kerja malam. 

Ummi pula ke KL menuntut ilmu. Dia orang berdua abang sudah tinggal di rumah pengasuh.

Jadi, engkau orang tolonglah bagi idea macam mana abang hendak cuci esok ini.  

Sudahlah sofa ini jenis yang tidak boleh dicabut kulitnya.

>

Pengalaman menjaga dan meninggalkan si kecil bersendirian dengan sel-sel otak berhubungnya yang turut mendapat perhatian dan komen netizen lain yang pernah melalui insiden serupa.

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Pengalaman biasa buat ibu bapa ketika membesarkan anak-anak yang sedang membesar, memang tidak terlayan nakalnya.

Facebook

Facebook

Jika tidak, tiada rasa seronoknya membesarkan si kecil walaupun kadangkala tugas itu agak memenatkan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular