Kehilangan insan yang tersayang sangat memberi kesan mendalam dalam diri seseorang, apatah lagi apabila ianya terjadi ketika keadaan memuncak dan tidak mengizinkan.

Itulah yang dialami oleh seorang jururawat yang memikul tanggungjawab yang besar demi memberi khidmat pada masyarakat, apabila dia tidak dapat pulang melihat ibunya yang telah meninggal dunia.

YouTube

Wanita terbabit, Wu Ya Ling yang sedang bertugas pada ketika itu di Hospital Huoshenshan mendapat berita bahawa ibunya telah meninggal dunia menerusi panggilan video daripada rumah keluarganya.

YouTube

Ternyata berita itu tidak disangka-sangka ekoran keadaan kesihatan ibu wanita tersebut yang menetap di Kun Ming agak baik dan sihat.

Oleh kerana tanggungjawab yang digalas ketika Covid-19 semakin menular di negara terbabit, Wu tidak dapat pulang dan hanya mampu memberikan tunduk hormat sebanyak tiga kali sambil menangis.

YouTube

Dia dilihat tidak mampu menahan tangisan setelah mengetahui berita itu dan dengan jelas mengalirkan air mata walaupun sedang memakai topeng muka pada ketika itu.

Setelah melakukan tunduk hormat tersebut, Wu dilihat berupaya menenangkan dirinya kemudian menyambung kembali tugasannya dan memakaikan sarung tangan pada rakannya.

YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular