Bagi pencinta kucing, apabila anda melihat mana-mana sahaja spesies kucing tidak kira kucing peliharaan atau kucing jalanan pasti sahaja hati akan berasa tersentuh dan berkata, Awww, comelnya!

Namun, apabila membaca kisah ‘kucing jalanan’ yang satu ini, anda mungkin akan berasa, Awww, Tipah tertipu!!

@thekittycoach/Twitter

Disangka hanya manusia yang pandai menyamar, kucing sebenarnya lebih hebat lagi. Mangsa penyamar manusia sikit-sikit sahaja yang terkena, tetapi mangsa penyamar kucing yang jadi kucing jalanan boleh capai ratusan malahan ribuan mangsa yang diperdayakan oleh kecomelannya.

@thekittycoach/Twitter

Perkongsian seorang netizen bernama Fadhilat @thekittycoach di Twitter telah menarik perhatian ramai apabila dia memaparkan kisah seekor kucing comot persis kucing jalanan yang akan membuat semua orang tersentuh hati, sedangkan si comel ini dipelihara oleh seorang ahli perniagaan yang memiliki kedai haiwan peliharaan.

Entah bagaimana kucing ini boleh mencomotkan dirinya dan merayau bebas meminta simpati belas kasihan orang ramai sehingga membuatkan ramai yang terpedaya.

@thekittycoach/Twitter

Fadhilat@thekittycoach dalam laman Twitternya menulis, “Pergh, macam drama pukul 7 pula. Menyamar, tup-tup kaya rupanya. Inilah dia seekor kucing kaya yang suka kelihatan miskin…Suka merayau mengurat awek, minta simpati orang lain dengan muka gelandangan.”

Sebenarnya, kucing ini cukup makan dan minum serta dipelihara tempat tinggalnya dengan penuh kasih sayang oleh tuannya yang kaya.

@thekittycoach/Twitter

Si comel terus sahaja merayau-rayau menjadi kucing comot meminta simpati setiap hari, mungkin dia suka melihat dirinya yang zuhud merendah diri dan tidak suka bermegah digelar kucing kaya.

Fadhilat@thekittycoach menjelaskan yang kucing ini akan dimandi dan dibersihkan setiap hari daripada keadaan comot kepada comel kegebuan sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke pintu rumah mewah tuannya.

@thekittycoach/Twitter

Selepas melihat beberapa gambar ‘makeover’ kucing ini, ramai netizen meluahkan rasa tertipu dan terpedaya.

@thekittycoach/Twitter

Sambil ada netizen yang memberi komen kucing ini kucing bijak yang menyamar ada makna.

@thekittycoach/Twitter

Jadi, kalau anda terserempak dengan kucing ini bersama kelibat kolar loceng biru itu, janganlah anda terpedaya dengan pujuk rayu meownya. 

@thekittycoach/Twitter

Sebaliknya, sapa sahaja dia dengan berkata, “Kemain ye kau kucing samaran!”

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular