Apabila melihat menu Sagu Gula Melaka, semua orang akan terliur dan tiba-tiba rasa dahaga tambah lagi kalau rupanya itu berwarna-warni.

Kalau boleh hendak nikmati Sagu Gula Melaka sekarang juga!

Apa kata anda membuatnya sendiri di rumah sebab anda boleh minum dan makan sagu itu sampai puas dan boleh diulang minum jika anda simpan bekalan Sagu Gula Melaka sendiri di dalam peti sejuk.

Zaini Talib/Facebook

Ikuti resipi Sagu Gula Melaka hasil perkongsian pengguna Facebook bernama Zaini Talib di bawah.

Bahan-bahan :

  • Sagu yang dibeli dalam harga RM1.00
  • Gula Melaka
  • Daun pandan 
  • Susu cair
  • Perwarna ikut suka.

Cara-cara penyediaan : 

1. Sagu direndam seketika. Apabila sudah kembang dan air sudah serap, cuci sagu sampai jernih. Tetapi jangan lama sangat takut nanti sagu hancur.

2. Masukkan sagu dalam periuk dengan air yang dilebihkan lebih kurang seinci daripada paras sagu.

3. Masak sagu atas api macam biasa.

4. Sentiasa kacau supaya sagu masak sekata.

5. Apabila sagu sudah jernih tiada biji-biji putih, maknanya ia sudah masak.

6. Kaup semua sagu dan masukkan dalam penapis. 

7. Kemudian lalukan di bawah air tapisan yang mengalir untuk buang semua lebihan kanji yang mengembang semasa masak tadi.

8. Apabila anda buat macam ini, tekstur sagu gula melaka tidak bergumpal dan nampak cantik.

9. Selesai membilas dengan bersih, biarkan sagu seketika supaya semua air ditos dengan sempurna.

10. Tambahkan perwarna mengikut kesukaan anda.

Zaini Talib/Facebook

Untuk hidangan :

  • Masak gula Melaka bersama sedikit air dan daun pandan.
  • Sediakan susu cair.
  • Mula-mula masukkan gula melaka.
  • Kemudian sagu berselang-seli.
  • Akhir sekali tuang susu cair untuk dapat ‘efek 3 layer’.

Sagu Gula Melaka tersedia untuk hidangan. 

Zaini Talib/Facebook

Menurut Zaini Talib, resipi ini hanya panduan sahaja, tiada yang spesifik kerana anda boleh mencuba mengikut kesesuaian rasa sendiri.

Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular