SINGAPURA – Seorang lelaki berumur 31 tahun yang pergi ke klinik kerana mengalami sakit perut telah diminta untuk pulang dan tidak dilayan hanya kerana dia berasal dari China.

Menurut laporan, lelaki berkenaan yang berasal dari Jiangsu, China dan bekerja di sebuah pasaraya itu berkata bahawa ia merupakan kali pertama dia dilayan sedemikian setelah mula bekerja di Singapura dua tahun lalu.

Difahamkan pada waktu malam 10 Februari lalu, Pang telah mengalami kesakitan pada bahagian perutnya dan dia tidak mengalami sebarang simptom seperti batuk mahupun demam.

Gambar hiasan/Pexels

Tidak mahu membiarkan kesakitan itu, dia kemudian keluar untuk berjumpa dengan doktor di sebuah klinik 24 jam yang terletak di Jurong West Road 1.

“Setibanya saya di klinik, saya telah memberikan kad perubatan dan permit kerja saya seperti yang diarahkan. Tetapi, staf klinik di kaunter terbabit meminta saya untuk pulang setelah melihat permit kerja saya”, cerita Pang.

Tambah Pang, dia sememangnya memahami jika dirinya mempunyai simptom koronavirus namun pihak klinik langsung tidak mengambil suhu badan dan bertanya apa-apa berkaitan dengan keadaan dirinya.

Notis pada luar pintu klinik yang melarang sesiapa yang memiliki simptom koronavirus untuk memasuki klinik

Oriental Daily

Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dalam keadaan perut yang masih lagi sakit. Nasib menyebelahinya apabila pada keesokan harinya, perutnya berasa lebih baik daripada sebelumnya.

Difahamkan bahawa Pang langsung tidak pulang ke China ketika sambutan tahun baru sebelum ini, walaupun dia berasal dari Jiangsu, China.

“Kali terakhir saya pulang ke China adalah pada bulan September tahun lalu, dan saya langsung tidak meninggalkan rumah ketika di sana – lebih 10 hari sebelum pulang ke Singapura untuk bekerja”, jelasnya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular