GUERNSEY – Kejutan yang dilakukan oleh seorang bapa terhadap anak lelakinya ternyata mengejutkan lelaki itu apabila pesanan hadiah yang diterimanya tidak seperti apa yang disangkakan.

Sebelum itu, Andre Bisson difahamkan telah bertanya kepada anak lelakinya, Theo tentang hadiah sempena Hari Natal yang diinginkan.

Theo kemudian menjawab bahawa dia mahukan hadiah berupaya dinosaur ‘carnotaurus’ dan apa yang paling penting, Theo mahukan carnotaurus paling besar sebagai hadiah untuknya.

Andre kemudiannya difahamkan telah mencari arca yang diinginkan secara dalam talian selepas dimaklumkan oleh rakannya bahawa sebuah taman hiburan di Jersey, iaitu Tamba Park ingin menjual stok dinosaur lama.

Bapa tersebut kemudian memutuskan untuk membeli arca dinosaur berkenaan secara dalam talian dengan harga £1,000 (RM5,365). Namun, pada ketika pesanan arca itu sampai, ia ternyata mengejutkan Andre.

Mana tidaknya, Andre difahamkan bahawa arca dinosaur yang dipesannya itu bersaiz 3 meter panjang. Sebaliknya, arca dengan saiz 6 meter panjang pula yang tiba dan diangkut menggunakan kren!


“Masalahnya, di dalam talian hanya ada imej kecil sahaja dan tiada butiran apa-apa. Saya juga tidak begitu peduli pada ketika itu. Tapi saya tahu ianya besar – 3 meter panjang dan 1.5 meter tinggi. Ternyata ia lebih besar daripada itu – 5 meter panjang dan 2.3 meter tinggi”.

Andre hanya menyedari perkara tersebut setelah syarikat penghantaran memberitahunya bahawa barangan yang dipesan dan dibeli olehnya itu tidak muat untuk dihantar menggunakan lori.

Proses penghantaran arca dinosaur berkenaan juga menghadapi cabaran apabila hujan turun agak lebat ketika itu dan menyebabkan hadiah berkenaan tidak dapat diberikan kepada Theo mengikut masa yang diharapkan.

Pihak Tamba Park juga difahamkan telah menghantar patung dinosaur bersaiz sedikit kecil sebagai tanda maaf ekoran kelewatan proses penghantaran dinosaur carnotaurus ke kediaman keluarga berkenaan.

Kini arca tersebut sudah diberi nama Chaz. Menurut Andre, carnotaurus merupakan spesies dinosaur kegemaran Theo selepas budak lelaki 4 tahun itu menonton filem Disney, Dinosaur.

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular