CHINA – Akhbar tempatan melaporkan seorang lelaki yang juga merupakan ahli bina badan berusia 72 tahun dari Wuhan, telah meninggal dunia pada 6 Februari akibat dijangkiti dengan Covid-19.

Berita tersebut mendapat reaksi warga tempatan yang kebanyakannya berasa sangat terkejut kerana lelaki berkenaan sangat dikenali dengan keadaan diri yang sentiasa aktif dan cergas.

Wei Xin

Pada 18 Januari lalu, Qiu Jun difahamkan telah melakukan latihan di gimnasium seperti yang selalu dilakukannya, walaupun telah dinasihati oleh kenalannya untuk mengurangkan aktiviti di gimnasium ekoran penularan Covid-19 di bandar tersebut.

Qiu Jun juga difahamkan masih lagi mengenepikan nasihat itu dan meneruskan rutinnya di gimnasium walaupun setelah mengetahui bahawa virus berkenaan mampu dijangkiti menerusi transmisi antara manusia.

Wei Xin

Namun setelah perintah berkurung diarahkan di bandar Wuhan oleh pihak kerajaan, ia meninggalkan Qiu Jun tanpa pilihan melainkan berhenti mengunjungi gimnasium untuk sementara waktu.

Pada hari berikutnya, dia mula mengalami demam dan hilang selera makan, serta diasingkan di rumah. Beberapa hari selepas itu, Qiu Jun berasa sangat lemah dan dibawa ke hospital dan didiagnosis dengan jangkitan pada paru-paru.

Wei Xin

Simptom tersebut dialami oleh Qiu Jun secara berterusan dan demamnya semakin memburuk pada bulan Februari. Dia kemudiannya telah dikuarantin di Hospital Red Cross pada 2 Februari lalu setelah disahkan positif dengan Covid-19.

Walau bagaimanapun, selepas empat hari, tahap kesihatannya makin memburuk dan dia kemudian disahkan meninggal dunia. “Bapa kami tidak pernah jatuh sakit, tetapi tidak dapat mengelakkan diri daripada penyakit ini”, kata wakil keluarganya.

Wei Xin

Pada bulan Jun akan datang, Qiu Jun sepatutnya mengambil bahagian dalam acara bina badan – pertandingan sama yang disertainya dalam kategori golongan berusia pada tahun 2019, di mana dia berjaya menduduki tempat kedua.

Menurut sumber, Qiu Jun yang sememangnya sangat meminati perkara berkaitan dengan kecergasan tubuh sejak dua dekad itu mahu terus menyertai pertandingan tersebut sehinggalah umurnya mencecah 80 tahun.

Wei Xin

Sejak bersara pada tahun 2003, beliau telah mengambil bahagian dalam pertandingan bina badan dan juga bersaing dengan peserta yang jauh lebih muda daripadanya, iaitu golongan yang berusia 20-an.

Dia sentiasa menghabiskan masa dengan melakukan latihan dan berlari sebagai ahli bina badan sepenuh masa, selain mengekalkan diet yang ketat demi memastikan tahap lemah dalam tubuhnya kekal rendah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular