Jika seorang lelaki mahu menarik perhatian wanita yang disukai, apa kata mulai sekarang anda berjinak-jinak cuba mengasah bakat dalam masakan dan melakukan kerja rumah kerana terdapat tarikan di situ.

Baru-baru ini, kajian pakar mendapati bahawa lelaki yang terlibat melakukan kerja rumah dan memasak lebih menjadi tarikan kepada wanita untuk dijadikan pasangan.

Ahli sosiologi Scott Coltrane dan Michele Adams dari Universiti California menjelaskan mengapa lelaki kelihatan lebih menawan apabila mereka memegang penyapu atau mesin hampagas, sudip, periuk dan kuali serta menyentuh mesin basuh untuk mencuci pakaian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @hkclzlouis on

hkclzlouis/Instagram

Analisis berdasarkan data yang diperolehi dari American Child Development Supplement of Panel Study of Income Dynamic mendapati wanita berpendapat mengenal pasti lelaki yang mampu melakukan kerja rumah dengan baik, akan membuat ia kelihatan lebih menarik dan wajar dijadikan pasangan.

Penemuan itu turut disokong oleh Council of Contemporary Families, yang menekankan bahawa pada zaman kini wanita juga bekerja sepenuh masa dan pasangan yang berkongsi tugas rumah secara adil dan saksama akan lebih berpuas hati dalam semua aspek perkahwinan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Justin Timberlake (@justintimberlake) on

justintimberlake/Instagram

Pakar lain turut mengesahkan kesimpulan ini dalam penyelidikan mereka sendiri, seperti pakar psikologi Dr. Gottman yang mengkhusus dalam kajian hubungan dan perkahwinan.

Hasil kajian Dr. Gottman menyebabkan beliau mempercayai bahawa seorang isteri yang dapat mengenal pasti penyertaan suami mereka dalam melakukan kerja rumah sebagai tanda cinta, di mana ia akan membuat mereka menjadi lebih tertarik dan jatuh cinta.

Analisis menafikan tanggapan bahawa lelaki akan dianggap sebagai kurang kelakian sekiranya mereka kerap memikul tanggungjawab untuk melakukan tugasan di rumah seperti menjaga bayi, menyediakan makan malam, mengemas serta membersih lantai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elsa Pataky (@elsapatakyconfidential) on

elsapatakyconfidential/Instagram

Realiti itu adalah sebaliknya apabila dengan berbuat demikian, ia dapat membantu menaikkan nilai kelakian yang lebih diinginkan oleh seorang wanita kerana ia didapati lebih menarik, bahkan akan menguatkan  hubungan pasangan.

Lebih-lebih lagi apabila kajian turut mendapati anak lelaki akan mendapat manfaat dan contoh yang baik ditunjukkan oleh bapa mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kevin Hart (@kevinhart4real) on

kevinhart4real/Instagram

Data daripada kajian itu menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki di sekolah yang mengerjakan tugasan di rumah bersama bapa mereka, akan dapat menjalinkan hubungan lebih baik dengan rakan sebaya serta mampu mengembangkan persahabatan berbanding rakan-rakan yang tidak. 

Selain itu, mereka juga akan lebih menghormati guru, berkelakuan baik di kelas, tidak berasa tertekan serta dapat menonjolkan diri dalam kehidupan bersosial.

Kanak-kanak ini didapati mampu menarik perhatian rakan-rakan serta tidak berasa kekok dalam pergaulan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular