Adakah anda seorang penggemar waffle? Di kedai, terdapat banyak perisa waffle yang sedap seperti coklat, mentega kacang, strawberi, kaya dan juga beri biru. Namun, untuk menyediakan hidangan ini agak sukar kerana memerlukan acuan memasak khas. Justeru, setiap kali kita teringin untuk memakan waffle, kita hanya boleh mendapatkannya di kedai dan tidak boleh buat sendiri di rumah.

Gambar Hiasan | Pixabay – PublicDomainPictures

Tetapi hakikatnya, kita masih boleh menghasilkan ‘waffle’ dengan ciptaan dan kreativiti sendiri. Bagaimana caranya? Gunakan roti sahaja! Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan cara untuk menyediakan roti bakar berperisa mentega kacang dan susu manis yang sangat mudah dan juga mempunyai keenakan setanding waffle yang ada di pasaran. Malah, sajian ini juga boleh dinikmati pada waktu sarapan atau minum petang.

Bahan-bahan:

  • Roti putih
  • Mentega kacang
  • Susu pekat manis
  • Telur
  • Sedikit minyak untuk memasak

Cara membuatnya:

Pertama sekali, potong roti anda kepada empat bahagian. Jangan lupa untuk membuang kerak roti.

Sapukan satu bahagian roti dengan mentega kacang dan lapiskan dengan kepingan roti kosong.

Kemudian, sapukan satu lagi bahagian roti dengan susu dan lapiskan dengan roti lain.

Di dalam mangkuk lain, pukul sebiji telur untuk dijadikan sebagai bahan mencelup.

Ambil kepingan roti yang telah siap disapu dengan mentega kacang dan susu lalu celupkan di dalam telur.

Masukkan sedikit minyak dan masak roti anda sehingga warnanya bertukar perang keemasan.

Roti ala waffle kini siap untuk dijamu kepada ahli keluarga anda. Sedapnya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular