Sejak penyebaran wabak Pneumonia Novel Koronavirus (NCP) melanda China dan semakin menular ke seluruh dunia, semakin ramai orang mula memakai topeng muka untuk langkah pencegahan.

Melalui beberapa program mengenai panduan pemakaian topeng muka yang betul, dan kesedaran tentang kepentingan memakai topeng muka ketika wabak melanda telah berjaya dipertingkatkan.

Unsplash/Gambar Hiasan

Namun, pada masa yang sama salah satu aspek yang penting dalam membasmi penularan wabak nampaknya telah diabaikan oleh si pemakai topeng muka iaitu mencuci tangan dengan kerap.

Telah dibuktikan bahawa penyebaran NCP boleh berlaku melalui transmisi antara manusia ke manusia. Dalam erti kata lain, penyebaran wabak berlaku dengan pantas melalui sentuhan.

Kemudian, virus akan merebak melalui titisan dan sentuhan apabila anda menggosok mata, mengusik hidung dan menyentuh mulut.

Ramai akan berfikir dan berkata, “Saya tidak menyentuh pesakit dan amat yakin diri baik-baik sahaja.”

Berapa ramai dalam kalangan anda yang suka membasuh tangan dengan kerap sehingga ada kalangan anda yang pintar akan berkata, “Si pembasuh tangan kerap seperti mereka yang mempunyai penyakit Obsessive-Compulsive Disorder (OCD).”

Walhal dalam apa juga aktiviti seharian yang anda lakukan terutama ketika musim wabak koronavirus melanda, kepentingan mencuci tangan sama pentingnya dengan memakai topeng muka.

Pexels/Gambar Hiasan

Anda mungkin meragui kerana berasa malas untuk mencuci tangan selepas makan, ke tandas atau memegang objek-objek yang dirasakan tidak kotor, tetapi lihatlah eksperimentasi yang dilakukan oleh sekumpulan pakar ke atas 7 orang ahli dalam keluarga Kosaka dari Jepun ini.

Keluarga Kosaka terdiri daripada pasangan Kosaka, dua anak perempuan dan dua anak lelaki serta seorang nenek.

UDN

Dalam satu program stesen televisyen tempatan di Jepun, krew produksi telah menyemburkan perwarna pendarfluor khas ke atas tangan Encik Kosaka untuk mensimulasikan adegan pesakit dijangkiti virus influenza.

UDN

Pewarna neon tidak dapat diihat dengan mata kasar kerana ia hanya boleh dilihat semasa berada di bawah lampu pendarfluor apabila tapak tangan memancarkan cahaya putih yang ketara.

Dengan cara ini, kita dapat mengetahui berapa ramai orang yang boleh dijangkiti virus melalui penyebaran secara hubungan dan sentuhan.

UDN

Simulasi secara rasmi dimulakan, di mana pada masa permulaan anggota keluarga yang lain bebas dan bersih daripada calitan cat neon.

Dalam masa 2 jam semasa berada di rumah, Encik Kosaka hanya berinteraksi rapat dengan dua orang anak lelakinya, manakala empat ahli keluarga lain tidak berhubungan dengan si ayah.

UDN

Selepas itu, kumpulan program mula melihat hasil eksperimentasi.

Mula-mula, mereka menyalakan lampu neon ke atas dua orang anak lelaki dan anak-anak itu didapati terkena calitan perwarna pendarfluor.

Dalam jangka masa itu, anak-anak ini telah menyentuh muka dengan kerap kerana perwarna itu didapati telah memenuhi wajah mereka hampir seluruhnya!

UDN

Bukti Encik Kosaka telah membawa virus itu ke rumah dan menjangkiti kedua anak lelakinya.

Jadi, bagaimana dengan ahli keluarga lain yang belum bertemu Encik Kosaka?

UDN

Anehnya apabila didapati kedua anak perempuan dan isteri Encik Kosaka juga telah dijangkiti. Apa sebenarnya yang telah berlaku?

UDN

Lihat bagaimana si kakak telah dijangkiti virus…

Rupa-rupanya, si ayah telah menyentuh tombol pintu masuk dengan tangannya ketika dia keluar dan tidak lama kemudian, si kakak telah menyentuh tombol pintu mengakibatkan dia juga telah dijangkiti ‘virus’.

Si kakak sudah terbiasa merapikan rambut panjangnya dengan tangan. Dalam proses itu, ‘virus’ telah tersebar ke rambut dan wajah. 

UDN

Si adik perempuan pula telah dijangkiti ketika dia bermain baling bola dengan adik-adik lelakinya.

UDN

Manakala ibu memegang anak lelaki yang menyentuh wajahnya dengan tangan dan telah menyebarkan ‘virus’ itu.

UDN

Dalam masa 2 jam, seluruh ahli keluarga telah dijangkiti menunjukkan betapa serius dan kuatnya virus menular melalui transmisi sentuhan.

Pasukan program juga telah menemui tanda-tanda virus pada pintu pagar, tangga dan beg makanan ringan di rumah.

UDN

Sekiranya orang luar menyentuh tempat-tempat dan objek ini, mereka juga berkemungkinan akan dijangkiti ‘virus’.

UDN

Ini adalah penyebaran virus melalui transmisi manusia ke manusia, yang boleh secara tidak langsung dialihkan kepada sesiapa sahaja walaupun mereka tidak bersentuhan sesama sendiri.

Namun begitu, terdapat seorang ahli keluarga Kosaka yang tidak dijangkiti iaitu nenek mereka. Nenek juga menghabiskan masa selama 2 jam bersama keluarga tetapi mengapa tiada ‘virus’ di wajahnya?

UDN

Pasukan program kemudian meneliti aktiviti nenek pada masa itu dan akhirnya mereka mengetahui sebab mengapa dia tidak dijangkiti.

Dalam masa 2 jam itu, nenek melakukan kerja rumah dan dia sibuk membasuh pinggan dan bahan masakan dengan air yang mengalir.

Walaupun virus berpeluang mencemari tangan, cubaan itu telah gagal kerana nenek kerap mencuci tangan dan virus telah dilenyapkan oleh air yang mengalir sehingga ia juga tidak berpeluang menyentuh wajahnya.

UDN

Ternyata, hasil eksperimentasi menunjukkan bahawa dengan kerap mencuci tangan, ia telah berjaya melindungi nenek daripada dijangkiti ‘virus’.

Seperti yang kita tahu, saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah untuk melindungi diri daripada mendapat jangkitan Pneumonia Novel Koronavirus (NCP) adalah dengan mencuci tangan. 

Ia secara efektif dapat mencegah virus dan bakteria menjangkiti manusia dengan mengurangkan penyakit seperti cirit-birit sebanyak 23% hingga 40% dan melindungi satu per lima kanak-kanak daripada menerima jangkitan pneumonia.

Manusia pertama kali menyedari kepentingan mencuci tangan adalah sejak 200 tahun yang lalu. Pada masa itu, wanita hamil di dalam bilik kelahiran mempunyai peluang 20% ​​maut akibat demam dan tumpah darah. Seorang doktor pada masa itu mendapati puncanya adalah doktor yang merawat tidak mencuci tangan.

Selepas menyedarinya, doktor ini segera memanggil kakitangan perubatan dengan mengarahkan mereka untuk mencuci tangan dengan teliti, dan kadar jangkitan telah menurun mendadak kepada 1%.

Jadi, bagaimana cara untuk mencuci tangan dengan betul?

Pixabay/Gambar Hiasan

Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Biro Kesihatan Perbandaran Beijing bernama Yan Muyong mencadangkan enam langkah untuk mencuci tangan yang betul iaitu : “di dalam, di luar, silang, cangkum, pusing, hujung jari.” 

Pengarah Yan Muyong menjelaskan bahawa “di dalam dan di luar” bermaksud menggosok tapak tangan dan belakang tangan.

“Silang” bermaksud bertindih jari dan menggosok jari-jemari antara jari-jemari.

“Cangkum” bermaksud menggosok belakang tapak tangan.

“Pusing” bermaksud memusingkan ibu jari antara satu sama lain dan akhirnya hujung jari dan pergelangan tangan.

Beberapa panduan mencuci tangan yang betul telah ditunjukkan dan anda patut mengikutinya.

Terdapat koloni bakteria pada tapak tangan dan jari-jari setiap hari. Disarankan agar kuku dipotong pendek untuk mengelakkan kekotoran pada kuku menyimpan bakteria.

Tangan dan jari-jari anda harus dibasuh dan digosok dengan teliti selama sekurang-kurangnya 30 saat, kemudian dibasuh dengan bilasan air mengalir dan kemudian lap kering dengan tuala kertas. Ketika berada rumah, adalah disyorkan untuk anda menukar tuala tangan yang bersih setiap hari.

Jadi, anda digalakkan kerap mencuci tangan demi penjagaan kebersihan dan kesihatan yang berkesan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular