Pemilik resipi, Hurun’Iin Malik berkata ‘Cheesecake Roll’ Strawberi ini sangat mudah disediakan.
Campak-campak sahaja guna 5 bahan, sudah siap dan rasanya sedap tidak terkata.
Ikuti resipi Cheesecake Roll Strawberi hasil perkongsian Hurun’lin Malik di bawah :
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 10 keping kulit popia
- 250 gram ‘cream cheese’
- 6 biji strawberi yang dipotong kecil
- 2 sudu besar gula aising
- 4 titik esen vanila
*Tambahan gula aising untuk ditabur.
Cara-cara penyediaan:
1. Pukul ‘cream cheese’ dengan gula dan esen vanila sehingga kembang.
2. Sudukan ‘cream cheese’ di atas kulit popia.
3. Letakkan buah strawberi di tengah ‘cream cheese’ dan tutup dengan lapisan ‘cream cheese’ sekali lagi.
4. Gulung popia seperti biasa.
5. Goreng sehingga kekuningan dan toskan.
6. Taburkan cheesecake roll yang sudah sejuk dengan gula aising.
Cheesecake Roll Strawberi sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Maybe you're interested :
- Konsulat China beri tekanan kepada syarikat teater luar negara untuk membatalkan persembahan Shen Yun
- Sungguh pandai berdrama! Anjing pintar berlakon cedera parah, dipenuhi ‘darah’ buat netizen geram
- Nikmati ayam panggang ala ‘Kenny Rogers’ guna air tangan sendiri, resipi dikongsi yang dijamin sedap