BEIJING – Sehingga pertengahan bulan Januari lalu, dilaporkan bahawa lebih kurang 500 orang kakitangan hospital di Wuhan, China telah disahkan positif dengan novel koronavirus.

Kaki tangan berkenaan majoritinya melibatkan kakitangan di Hospital Wuhan Xiehe dan Hospital Renmin, di mana masing-masing mencatatkan sebanyak 100 buah kes. Manakala 50 kes pula dicatatkan di Hospital Wuhan Nombor 1 dan juga Hospital Zhongnan.

HECTOR RETAMAL/AFP via Getty Images

Menurut laporan South China Morning Post, pihak berkuasa ada melaporkan kes jangkitan yang berlaku dalam kalangan kakitangan hospital namun ianya tidak berlaku secara keseluruhan.

Golongan doktor dan jururawat juga turut diminta oleh pemerintah supaya tidak menghebahkan situasi ini kepada pengetahuan masyarakat umum.

HECTOR RETAMAL/AFP via Getty Images

Larangan menguar-uarkan perkara itu walau bagaimanapun tidak dijelaskan namun pihak berkuasa sedang berusaha untuk meningkatkan moral barisan hadapan kakitangan perubatan.

Lebih-lebih lagi apabila Dr Li Wenliang meninggal dunia akibat jangkitan virus itu seminggu selepas menerima amaran daripada pihak polis.

Anthony Kwan/Getty Images

Insiden tersebut turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pekerja hospital berikutan ia melibatkan tahap kesihatan masing-masing.

Terdapat beberapa sumber perubatan juga mendakwa bahawa situasi berkenaan menyebabkan banyak hospital mengalami kekurangan pekerja.

Jangkitan yang berlaku dan melibatkan kakitangan di hospital menjadi penanda penting bahawa betapa mudahkan virus tersebut disebarkan di samping meningkatkan risiko kepada kakitangan dan pekerja kesihatan.

STR/AFP via Getty Images

Menurut seorang doktor di Wuhan yang tidak mahu identitinya didedahkan, ramai daripada rakannya jatuh sakit kerana tidak diberi perlindungan sepenuhnya. Manakala kawasan kuarantin yang menempatkan kakitangan yang sakit juga sudah penuh.

Oleh yang demikian, mereka semuanya merayu sumbangan derma barangan keperluan perubatan terutamanya sut bahan berbahaya (Hazmat) untuk digunakan bagi melindungi diri mereka.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular