Jika tidak kerana Carl Malone Montecido dari Filipina menyanyi secara suka-suka di sebuah pusat membeli-belah pada hari itu, mungkin dunia tidak mengenali bakat nyanyiannya dengan potensi besar.

Rakaman video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook bernama Trixie Madison menunjukkan persembahan mengagumkan daripada seorang remaja yang mempunyai masalah penglihatan menyanyikan lagu hit ‘Too Good At Goodbyes’ yang dipopularkan oleh Sam Smith.

Trixie Madison/Facebook

Dengan versi tersendiri, Carl Malone yang beruniform sekolah sambil ditemani seorang rakan menyanyikan lagu itu secara bersahaja dengan nyanyian yang mengagumkan di hadapan sebuah kedai.

Suara merdu penuh bertenaga Carl Malone ketika menyanyi karaoke di sebuah kedai elektronik dan audio telah membuat para pengunjung pusat membeli-belah di Bacolod City itu berhenti seketika kerana terpegun dan terpesona.

Trixie Madison/Facebook

Trixie Madison antara pengunjung yang tertarik hati setelah mendengar kelunakan suara Carl Malone berkata, “Kami dengan spontan berhenti dan mendengar nyanyian itu dengan suara lunak merdunya, lagu hampir tamat apabila saya baru teringat untuk merakam video.”

Muat naik video itu di laman media sosial kini mendapat perhatian netizen dengan lebih 11 juta tontonan.

Trixie Madison/Facebook

Antara yang terpanggil untuk memberi komen dan bertanya siapa gerangannya remaja bersuara merdu ini ialah Sam Smith sendiri dengan kapsyen di Twitter, “Siapa budak ini!!!!? Awak lebih daripada dunia ini walau siapapun awak.”

@samsmith/Twitter

Rupa-rupanya beberapa tahun sebelum ini, bakat nyanyian Carl Malone Montecido telah digilap dan mendapat pengiktirafan di Filipina. 

Carl Malone mahir menyanyikan apa sahaja genre lagu hanya dengan mendengar dan kemudian menghafal melodi serta lirik. Anda boleh menonton beberapa videonya di YouTube.

Trixie Madison/Facebook

Remaja kelainan upaya ini pernah menyertai beberapa program bakat di Filipina dan akan mewakili negaranya dalam Kejohanan Dunia Seni Persembahan di California, Amerika Syarikat pada bulan Julai.

Tonton persembahan Carl Malone Montecido yang mengagumkan di bawah :

Trixie Madison/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular