Hari ini melihat wanita bergelar ibu yang memiliki karier di luar adalah perkara yang biasa. Walaupun mereka sibuk menggalas tugas sebagai ibu di rumah, mereka tetap aktif di luar dengan kerjaya masing-masing.

Awal-awal pagi lagi mereka sudah bangun, menyiapkan keperluan keluarga sebelum pergi ke tempat kerja. Pada tahun 2016 golongan ibu dikatakan telah menghabiskan sekitar 25 jam seminggu untuk bekerja.

Namun begitu, Jamie Johnson yang merupakan seorang ibu kepada dua orang anak lelaki dikatakan telah bekerja dengan masa yang lebih panjang tetapi masih mampu untuk menguruskan rumah tangga dan kerjaya.

“Saya mempunyai karier sebelum saya berkahwin dan mempunyai anak,” kata Jamie kepada Panda Bored. “Saya memiliki anak pertama pada usia saya 29 tahun. Tidak pernah timbul soalan sama ada saya akan bekerja atau tidak. Saya suka bekerja dan saya tahu saya boleh melakukan kedua-duanya. Tambahan pula, keluarga saya memerlukan wang. Suami saya adalah seorang guru pendidikan khas yang jurulatih besbol di sebuah sekolah menengah. Kami tidak boleh hidup hanya dengan gajinya, walaupun kami berdua memiliki sarjana.”

Maklumat lanjut: hashtagmomfail.com | Facebook

HashtagMomFails/Facebook

Bukan mudah untuk menyeimbangkan kedua-duanya tetapi Johnson berjaya melakukannya dengan baik dan dia juga telah berkongsi pengalaman bagaimana dia boleh melakukannya di blog miliknya, Hashtag MomFail.

Kata-kata yang disampaikan di dalam blognya sangat menyentuh hati terutama buat mereka yang sedang mengalami apa yang sedang dialami oleh wanita ini.

Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai catatan ibu tersebut:

“Berhenti menghakimi saya apabila saya meninggalkan pejabat tepat pada jam 5 petang kerana anak-anak saya menunggu saya untuk dijemput daripada penjaga mereka. Saya tahu saya tidak hadir ke mesyuarat tetapi hari graduasi anak saya di prasekolah adalah lebih penting.”

“Saya tahu saya lewat hari ini tetapi saya hanya boleh menghantar anak saya pada 7.45 pagi. Saya tahu saya nampak terganggu kerana saya memang terganggu. Saya ada anak kecil yang sakit dan saya menunggu masa untuk membawanya berjumpa doktor.”

“Saya tidak mahu nampak letih apabila datang ke pejabat tetapi saya bangun seawal 4.30 pagi dengan ragam anak-anak. Saya tahun mata saya nampak tidak bermaya kerana saya harus berjaga untuk menidurkan anak kecil saya.”

Gambar Hiasan/Pexels

“E-mail saya mungkin ringkas kerana saya mempunyai anak berusia 5 tahun yang menangis pagi ini kerana tidak mahu ke sekolah dan saya bimbang akannya.”

“Saya tahu mata saya nampak bengkak sekarang. Saya menangis semalaman kerana keletihan, tidak pernah ada peluang untuk bersendirian dan tidak pernah mandi dengan tenang selama 5 tahun.”

Gambar Hiasan/Pexels

“Maafkan saya kerana tidak meluangkan masa dengan orang lain kerana saya telah meluangkan masa berjam-jam untuk anak saya tentang seluar yang perlu dibawa ke rumah penjaga.”

Gambar Hiasan/Pexels

“Saya tahu saya perlu meninggalkan isu peribadi sebaik sahaja masuk ke pejabat tetapi saya adalah seorang ibu dengan dua orang anak kecil jadi ia adalah sesuatu yang sukar buat saya.”

“Terima kasih buat mereka yang memahami saya selama 5 tahun kebelakangan ini.”

“Menjadi ibu yang bekerja sepenuh masa dengan anak-anak kecil adalah sesuatu yang sukar. Terima kasih kepada majikan yang membenarkan saya untuk mengambil cuti bagi mendapatkan rawatan doktor, atau sakit, menghadiri graduasi prasekolah dan hadir ke acara sekolah.”

“Terima kasih kepada semua yang faham akan keadaan saya semasa hamil dan apabila saya terpaksa keluar daripada mesyuarat kerana mahu termuntah. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk memahami mereka yang sama seperti saya yang bertungkus lumus untuk menyeimbangkan antara kerja dan keluarga.”

“Terima kasih kepada yang tidak mempedulikan mata saya bengkak, muka yang keletihan dan baju yang kurang kemas. Terima buat para ibu yang sering memberi semangat dan motivasi setiap hari supaya saya terus kuat. Terima kasih buat semua yang memberi galakan supaya terus bersemangat walaupun kadangkala saya merasakan tidak mampu.”

Luahan tersebut adalah luahan tulus seorang ibu akan perihal apa yang dialami olehnya. Jelas sekali apa yang dilakukan bukan sesuatu yang mudah dan tidak semua orang mampu melakukannya.

Justeru, buat semua ibu yang bekerja, anda semua memang terbaik dan layak diberi penghargaan setinggi-tingginya. Salute buat semua!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular