MIRI – Seekor ikan naga sepanjang 12 kaki yang dilaporkan ditemui di Pasar Ikan Kampung Batu Satu, Kuala Baram pada Sabtu lalu mengejutkan orang ramai yang tidak pernah melihat kewujudannya sebelum ini.

Facebook

Ikan naga atau nama saintifiknya Regalecus Glesne itu dikatakan ditemui di pasar berkenaan dengan tujuan untuk dijual. Bagaimanapun, penemuan spesies ikan laut yang jarang ditemui ini menimbulkan pelbagai reaksi dan kepercayaan daripada sebilangan masyarakat.

Menurut cerita rakyat di Jepun, masyarakatnya mempercayai bahawa sekiranya ikan yang digelar ryugu no tukai (sebutan dalam bahasa Jepun) ini ditemui, hal ini membawa maksud bahawa ikan berkenaan diutuskan dari istana raja naga bagi menandakan gempa bumi bakal berlaku.

Facebook

Bagaimanapun, menurut seorang profesor di Universiti Kagoshima iaitu Hiroyuki Motomura, kejadian ikan naga naik ke darat tidak mempunyai perkaitan dengan kejadian gempa bumi. Sebaliknya, ikan ini akan naik ke permukaan air apabila berlakunya peningkatan arus laut.

Tiada laporan selanjutnya berkenaan pengakhiran ikan naga yang ditemui di pasar itu sama ada ia sudah dijual atau tidak.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI NASIONAL

Video Popular