GOMBAK – Pelawak yang dikenali dengan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32 tahun dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 8:30 pagi ini di kediamannya.

Perkara tersebut disahkan oleh adiknya, Ali yang memberitahu bahawa isteri kepada Abam menghubunginya dan memaklumkan bahawa suaminya tidak sedarkan diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PTA Official ✨ (@pelawaktanahair_official) on

“Isteri Abam hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas ke kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas”, jelas Ali.

Abam yang juga anggota kumpulan Bocey dikatakan demam sejak dua hari lalu, namun tidak mendapatkan rawatan di hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AS (@amersafwan7) on

Isteri kepada Abam, Hidayah turut mengesahkan berita sedih berkenaan dan mendedahkan bahawa sejak beberapa hari lalu, Abam ada mengadu dirinya tidak berapa sihat.

“Beberapa hari lepas, dia demam dan mengadu sakit kepala. Tapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi pagi tadi saya kejut untuk solat Subuh, tiada tindak balas daripada dia”.

Abam meninggalkan isterinya, Hidayah dan juga seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 5 bulan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular