BEIJING – Seorang warganegara Amerika Syarikat meninggal dunia akibat wabak Koronavirus sekali gus menjadi mangsa pertama yang bukan dari kalangan rakyat China. Kematian wanita berusia 60 tahun itu telah disahkan pada 8 Februari lalu. Selama ini korban virus Koronavirus hanya terdiri daripada rakyat negara itu, tetapi buat kali pertama seorang wanita asing dilaporkan meninggal dunia pada 6 Februari lalu.
Sebelum ini seorang warga Jepun telah meninggal dunia di Wuhan pada 22 Januari lalu tetapi walau bagaimanapun pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti punca kematian lelaki tersebut.
Kedutaan AS di Beijing mengesahkan seorang warga Amerika berusia 60 tahun itu meninggal dunia pada hari Khamis di Hospital Jinyintian di Wuhan.
Sehingga kini China telah melaporkan lebih daripada 34,600 jangkitan berlaku dan lebih daripada 800 orang antaranya telah menjadi korban akibat virus tersebut dengan dua kematian berlaku di luar tanah besar China. Wabak yang berlaku telah membuatkan Amerika dan Jepun serta banyak negara lain telah melakukan sekatan perjalanan dalam usaha untuk mengehadkan penyebaran virus tersebut.
Maybe you're interested :
- Satu kluster baharu dikesan di Sabah selepas seorang pelajar tahfiz bergejala disahkan positif Covid-19
- “Abang, nak kotak…” rayuan kanak-kanak gelandangan yang tidak henti-henti meminta kotak untuk mengalas tempat tidurnya buat ramai warganet sayu
- 21 tahun menderita penganiayaan Parti Komunis China, pengamal Falun Gong teguh pendirian meninggal dunia