BANGKOK- Dunia dikejutkan dengan kes tembakan rambang yang berlaku di bandar Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand yang telah mengorbankan 21 orang awam terbunuh. Menurut sumber polis dan tentera, tembakan yang berlaku pada Ahad (9 Februari) itu telah dilakukan oleh seorang askar dan suspek kemudian dikatakan telah bersembunyi di sebuah pusat membeli-belah.
Lauren DeCicca/Getty Images
Polis juga turut menyelamatkan lapan orang individu yang dijadikan tebusan suspek dan ada antara mereka yang tercedera.
LILLIAN SUWANRUMPHA/AFP via Getty Images
Pihak polis telah mengenal pasti suspek yang dikenali sebagai Jakrapanth Thomma yang berusia 32 tahun. Tambahan lagi, media Thailand juga melaporkan bahawa suspek berkhidmat di pangkalan tentera berhampiran Nakhon Ratchasima.
THAI CRIME SUPPRESSION BUREAU/Handout via REUTERS
Suspek dilaporkan telah melakukan tembakan rambang pada jam 3 petang waktu tempatan di sebuah rumah sebelum menyembunyikan diri di sebuah pusat membeli-belah.
Maybe you're interested :