Tabiat mendengar audio dengan menggunakan fon kepala atau fon telinga sudah menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk di bandar terutamanya. Hal ini adalah kerana lazimnya mereka akan menghabiskan masa yang terluang dengan menonton video atau mendengar audio menerusi telefon bimbit masing-masing ketika berada di dalam pengangkutan awam.

Gambar hiasan | Unsplash

Begitu jugalah yang dilakukan oleh seorang wanita dari Taiwan ini. Bagaimanapun, selepas satu bulan wanita ini menggunakan fon telinga untuk menonton drama, tiba-tiba pada suatu hari, pendengaran di sebelah kirinya tidak lagi berfungsi.

Wanita ini, sama seperti yang biasa dilakukan oleh orang lain, menggunakan fon telinga di dalam pengangkutan awam ketika mahu pergi dan pulang dari tempat kerja. Bagaimanapun, apabila pada suatu hari wanita ini mendapati bahawa pendengaran di sebelah kirinya tidak lagi berfungsi, wanita ini mula berfikir bahawa mungkin fon telinganya yang rosak.

Tetapi, selepas dua kali membeli baharu fon telinga, wanita itu mendapati bahawa dia masih lagi mengalami masalah yang sama. Jadi, tanpa membuang masa, wanita itu segera pergi ke klinik untuk mendapatkan kepastian.

Gambar hiasan | Unsplash

Ternyata, doktor yang merawatnya memaklumkan bahawa telinga sebelah kiri wanita itu mengalami “kelumpuhan pendengaran”.

Syukurlah, kerana tindakannya yang pantas bertemu dengan doktor, kini pendengarannya sudah sembuh kira-kira 80%, selepas menerima rawatan dengan steroid dan oksigen hiperbarik.

Dr. Zhang Jiayi dari Jabatan Otolaringologi, Hospital Luodong Pok Oi menyatakan kepada Oriental Daily bahawa masalah kelumpuhan pendengaran atau pekak secara tiba-tiba ini lazimnya tidak mempunyai punca yang tetap. Tetapi, kebiasaannya masalah ini muncul akibat daripada tekanan, jangkitan virus, kesan dadah, trauma mahupun ketumbuhan.

Gambar hiasan | Unsplash

Oleh itu, adalah disyorkan agar masalah ini dirawat dengan segera iaitu dalam masa 3 hari sebaik sahaja masalah pendengaran mula-mula dikenalpasti. Hal ini adalah supaya masalah ini dapat dirawat sebelum semuanya terlambat dan pendengaran akan terjejas selamanya.

Dr Zhang turut menekankan bahawa masalah ini bukan hanya berlaku kepada sesetengah golongan umur sahaja, malah, boleh berlaku pada sesiapa sahaja terutamanya kepada golongan yang sering berasa letih dan tidak cukup tidur.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular