Apabila ada ahli keluarga atau kenalan yang baru melahirkan anak pastinya kita juga turut teruja sama. Tidak sabar rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada si ibu dan melihat bayi baru mereka. Tidak hanya itu, kita juga pastinya teruja untuk menghadiahkan barang-barang bayi yang comel kepada si kecil yang baru lahir. Namun begitu, walaupun kebanyakan daripada kita melakukan semua itu dengan niat yang baik tetapi buat sesetengah ibu mereka sebenarnya lebih suka akan privasi dan menghabiskan masa dengan bayi mereka tanpa gangguan.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa ibu baru memutuskan untuk tidak membenarkan anak kecil mereka dilihat oleh sesiapa selepas sahaja dilahirkan:

1. Pelawat datang tanpa memberitahu terlebih dahulu.

Pexels

Sesetengah orang datang tanpa memberitahu ibu bapa terlebih dahulu dan mengharapkan mereka bersedia menyambut kedatangan tetamu. Sebenarnya ibu bapa yang memiliki anak kecil sangat sibuk dan pelawat yang datang tanpa memberitahu terlebih dahulu adakalanya menambah tekanan kepada ibu bapa.

Selain itu, perlu diketahui bahawa bayi kecil mempunyai jadual yang tidak menentu. Jadi, mereka mungkin datang pada masa yang tidak tepat. Adakalanya bayi perlu tidur atau makan dan kehadiran tetamu adakalanya mengganggu si kecil dan ibu bapa mereka yang mungkin punya rancangan tersendiri. Adakalanya ibu pula mahu tidur bersama anak kecil mereka tetapi momen tersebut tidak dapat dilakukan kerana terganggu dengan kehadiran orang.

2. Mereka berbual terlalu lama.

Pixabay

Kadangkala pelawat sama ada kawan atau keluarga datang dan mengambil masa yang lama untuk berbual. Mereka adakalanya lupa bahawa keadaan sudah berubah dan mereka tidak lagi boleh berbual atau meluangkan masa yang lama bersama seperti dahulu. Kini, sudah ada anak kecil yang perlu diberikan perhatian.

3. Mereka datang walaupun dalam keadaan tidak sihat. 

Pixabay

Sesetengah orang sangat teruja untuk melihat bayi yang baru lahir sehingga lupa bahawa mereka dalam keadaan tidak sihat. Mereka juga adakala sering menganggap bahawa demam atau selsema mereka tidak memberi kesan kepada bayi. Ada pula yang sewenang-wenangnya mencium bayi kecil yang sememangnya sangat sensitif. Walaupun mereka sihat tetapi perbuatan tersebut boleh membuatkan bayi jatuh sakit.

Oleh itu, ramai sahaja ibu bapa yang tidak mengizinkan anak mereka berjumpa dengan orang ramai terlebih dahulu supaya anak mereka tidak dijangkiti apa-apa penyakit.

4. Mereka memberikan nasihat tanpa diminta.

Pexels

Adalah sukar untuk menjadi ibu baru, tetapi lebih sukar apabila ada yang selalu memberitahu bagaimana cara untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Hakikatnya, ibu bapa baru sedar mereka sedang memulakan sebuah fasa baru dalam hidup mereka dan mereka akan tahu sendiri apa yang perlu mereka lakukan. Jika mereka memerlukan  sebarang bantuan, mereka akan bertanya.

Apabila ada seseorang memberikan nasihat tanpa diminta mereka akan terasa seolah-olah mereka tidak mampu untuk menjadi ibu bapa yang baik. Jadi, apabila ada ibu yang tidak mengizinkan bayi mereka berjumpa dengan orang ramai ini bermakna mereka mahu menjaga kesihatan mental mereka.

5. Mereka bertanya soalan yang boleh mengganggu.

Pexels

Walaupun ia mungkin niat baik, kadang-kadang pertanyaan atau soalan yang diajukan oleh rakan atau ahli keluarga adalah sensitif buat ibu. Para ibu akan merasa bahawa mereka sepertinya sedang dihakimi atau privasi mereka tidak dihormati.

6. Ibu yang baru melahirkan memerlukan masa.

Pexels

Ibu memerlukan masa untuk pulih, baik secara fizikal mahupun emosi. Jadi, mereka memerlukan masa bersendirian. Mereka perlu berehat dan tidak mahu sebarang gangguan. Mereka juga mungkin tidak suka penampilan baru mereka selepas bersalin dan mereka juga tidak mahu orang lain melihat keadaan mereka seperti itu.

Tidak salah untuk melawat kawan atau ahli kelaurga yang baru melahirkan anak. Mereka juga pastinya senang untuk berkongsi kegembiraan bersama anda tetapi jangan terburu-buru kerana mereka juga perlukan ruang. Bukan mudah menjadi ibu bapa baru jadi cubalah untuk memahami keadaan mereka.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular