TORONTO- Pesawat WestJet yang membawa 243 penumpang ke Jamaica terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas seorang penumpang tiba-tiba bangun dan mendakwa dirinya menghidap virus Koronavirus. Namun, semua itu hanylah sebuah gurauan hanya kerana lelaki tersebut mahu mendapatkan publisti supaya dia tular di internet.

Pemuzik amatur berusia 28 tahun bernama James Potok itu menyangka apa yang dilakukan itu hanyalah sekadar guaraun. Namun, ‘prank’ itu mengunadang padah apabila penerbangan dari Toronto itu terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas selepas James menyatakan: ‘Boleh saya dapatkan perhatian semua orang. Saya baru pulang dari provinsi Hunan, ibu negeri Koronavirus. Saya berasa tidak berasa sihat. Terima kasih.’

Dia kemudian berkata ‘itu hanyalah satu gurauan’ dan dia berharap dia akan tular di Instagram yang menunjukkan dia dibawa keluar daripada pesawat dengan menggunakan topeng muka dan sarung tangan yang diberikan oleh kru kapal terbang. Potok ditahan selepas pesawat WestJet terpaksa berpatah balik dan penerbangan kedua juga dibatalkan kerana perbuatannya.

Potok dibawa keluar dari kapal terbang

Potok mengakui bahawa dia telah mengeluarkan kamera untuk merakam gurauan tersebut namun lain pula yang berlaku apabila tiada seorang pun yang ketawa selepas kru pesawat memakaikannya topeng muka dan sarung tangan. Kru pesawat kemudian membawanya ke tempat duduknya semula.

Menurut Potok dia menyesal kerana kebodohannya dan kurang pemahaman mengenai wabak tersebut yang dilihat sebagai ancaman kepada orang lain. Dia juga tidak menyangka bahawa apa yang dilakukan adalah sesuatu yang salah di sisi undang-undang.

Pemuzik itu berkata gurauan tersebut dilakukan kerana dia mahu menjadi tular di Instagram. Potek mendakwa ‘itu hanyalah satu jenaka’.

Laman web Flightpath menunjukkan bagaimana pesawat tersebut terpaksa melakukan pusingan U 

Seorang penumpang, Julie-Anne Broderick memuat naik sebuah status Facebook yang menceritakan bagaimana Potok berpura-pura dia menghidap Koronavirus sebagai penipuan supaya ia dapat dimuat naik ke YouTube’. Menurut Broderick lagi dia sangat kecewa dengan sikap Potek yang sangat mementingkan diri sehingga menjejaskan semua penumpang.

Pesawat WestJet terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Pearson di Toronto, Kanada.

Pixabay

Penyiasat mengesahkan bahawa Potok dibantu oleh kakitangan perubatan apabila dia tiba di Lapangan Terbang Pearson di Toronto dan mengesahkan bahawa dia tidak menghidap virus.

Potok akan hadir di Mahkamah Keadilan Ontario pada hari Isnin, 9 Mac nanti.

Dalam satu kenyataan, seorang jurucakap WestJet berkata bahawa mereka megikutui semua protokol jika ada jangkitan penyakit berlaku ketika di atas pesawat termasuk mengasingkan mana-mana individu yang mendakwa mereka menghidap Koronavirus.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular