Kulit kering dan merekah di bahagian tumit kaki pasti dibenci oleh majoriti daripada kita semua, khasnya buat kaum wanita. Ini kerana ia akan mencacatkan penampilan kita di mata orang lain sekaligus menurunkan tahap keyakinan kita sendiri.

Mungkin anda fikir rekahan pada tumit kaki tersebut adalah disebabkan oleh kekurangan lembapan pada kulit. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, ada sebab lain yang menjadi punca kepada kulit kering dan menggelupas pada tumit kaki.

Pexel – Min An | Instagram – crackedheel

Bagi mengatasi keadaan itu, maka kami ada kongsikan penyebab yang menjadi punca kepada masalah tumit yang kering dan merekah. Cuba anda periksa sama ada berlaku pada diri anda ataupun tidak :

#1 Berat berlebihan

Pexel

Alasan – Kaki manusia membawa keseluruhan berat badan. Jadi apabila berat anda meningkat, ia akan meningkatkan tekanan pada pad lemak di pada tapak kaki. Tumit anda akan dipaksa untuk mengembang ke sisi bagi menyokong tampungan lebihan bertat. Jika kurang kelembapan, ia akan merekah.

Cara atasi – Pastikan berat ideal anda berada pada paras normal sahaja. Selain itu, kerap periksa tahap gula dalam darah kerana ia juga menjadi penyebab kepada rekahan pada tumit kaki.

 #2 Kekurangan vitamin

.

Gambar Hiasan | Pexel – Engin Akyurt 

Alasan – Tanpa vitamin penting, mineral dan nutrien lain, kulit anda seperti tidak berfungsi sepenuhnya menjadikannya kering dan tebal.

Cara atasi – Tambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A, B3, C, E, zink dan asid lemak omega-3.

#3 Kasut yang tidak sesuai

Gambar Hiasan | Pexel – Luis Quintero

Alasan – Selipar dan sandal kebiasaannya membenarkan pengumpulan lemak pada tapak kaki itu berlaku dan ia meningkatkan keupayaan tumit untuk merekah. Kasut yang terlalu sempit dan tinggi juga memberikan kesakitan pada tumit.

Cara atasi – Pakai kasut bertutup yang menyokong kaki anda sebetulnya. Juga anda boleh berjumpa dengan pakar untuk menentukan kasut dan saiz yang sesuai dengan kaki anda.

#4 Menopaus

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliciabrown_zoskinhealth (@aliciabrown_zoskinhealth) on

Alasan – Sesetengah wanita yang sudah menopaus cenderung untuk mengalami ‘keratoderma’, iaitu satu keadaan yang menyebabkan rekahan pada tumit dan bahagian tubuh yang lain.

Cara atasi – Sapu ubat sapuan yang mengandungi estrogen namun ia perlu dilakukan setelah mendapat nasihat daripada doktor

#5 Berdiri terlalu lama

Pixabay | 9152 hình ảnh

Alasan – Berdiri lama terutamanya pada lantai yang keras mampu menambah tekanan pada tapak kaki.

Cara atasi – Elakkan berdiri terlalu lama. Jika berkesempatan, lakukan senaman ringkas bagi mengagihkan semula tekanan daripada tumit anda, dari semasa ke semasa.

#6 Rutin mandian 

Gambar Hiasan | Pixabay

Alasan – Mandi air panas terlalu lama bukanlah satu idea yang baik kerana air berupayan menghilangkan minyak semula jadi pada kulit, meninggalkan kulit terasa kasar dan kering. Sabun yang mengandungi banyak bahan kimia juga boleh merosakkan kulit.

Cara atasi – Gunakan air suam dan hadkan tempoh mandi kepada 5-10 minit sahaja bagi mengelakkan kehilangan kelembapan. Lap kaki anda dengan tuala setelah mandi dan sapukan losyen pelembap. Elakkan produk yang mengandungi bahan kimia.

Cara lain untuk mengatasi masalah ini adalah dengan melakukan rendaman kaki dengan menggunakan cecair kumuh Listerine. Ini kerana, rendaman kaki dengan Listerine mampu melembutkan sel kulit mati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 9Mom_Mom (@hotchocolate_9mommom) on

Ini kerana Listerine adalah antiseptik yang melegakan kulit kerana kandungan fitokimia di dalamnya seperti mentol dan thymol. Bahan yang anda perlukan :

  • 1 cawan Listerine
  • 1 cawan cuka putih
  • 2 cawan air

Campurkan kesemuanya di dalam besen dan rendamkan kaki anda selama 10-15 minit. Kemudian keluarkan kaki dan skrub secara lembut kaki anda menggunakan batu pumis. Cuci kaki dengan air suam dan keringkan dengan tuala. Sesudah itu, sapukan krim pelembap padanya.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular