BALI – Lebih 1,000 ekor khinzir dilaporkan mati secara misteri telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan penduduk tempat di pulau tersebut.

Namun menurut pihak berkuasa Bali, punca kematian berkenaan akhirnya dapat dipastikan apabila kesemua khinzir terbabit sebenarnya terkena wabak khinzir Afrika (ASF).

Perkara itu disahkan sendiri oleh jurucakap agensi pertanian dan keselamatan makanan Bali, Ida Bagus Wisnuardhana kepada agensi berita Jakarta Post.

“Kesemua khinzir yang mati disebabkan ASF. Kami telah menjalankan ujian terhadap sampel darah yang diambil daripada bangkai-bangkai haiwan berkenaan”.

Dalam pada itu, Organisasi Kesihatan Haiwan Dunia (OIE) menjelaskan bahawa ASF berpunca daripada virus Data Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang besar daripada keluarga Asfarviridae.

Sebelum ini, hampir 50,000 ekor khinzir dilaporkan telah mati semenjak beberapa bulan yang lalu di seluruh kawasan Utara Sumatera.

Antara daerah yang direkodkan adalah seperti Bandung (paling tinggi dengan 598 ekor), diikuti dengan Tabanan (219 ekor), Denpasar (45 ekor), Gianyar (24 ekor) dan masing-masing seekor kematian di Bangli dan Karangasem.

Difahamkan bahawa kesemua khinzir itu telah dikesan mempunyai simptom yang sama walaupun kesemua khinzir berkenaan telah pun divaksinkan. ASF walau bagaimanapun dilaporkan tidak mendatangkan bahaya terhadap kesihatan manusia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular