KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd (AAGB), Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan mereka berkuatkuasa serta-merta setelah disyaki terbabit dalam skandal rasuah syarikat pembuat pesawat Perancis, Airbus SE.

Bagaimanapun, AirAsia telah mengeluarkan kenyataan yang menafikan dakwaan mengenai penglibatan pihaknya di dalam skandal berkenaan.

Gambar Hiasan/VisualHunt

“Kami menafikan sekeras-kerasnya berhubung dengan sebarang dakwaan salah laku sebagai pengarah di AirAsia. Kami tidak akan mencalarkan imej syarikat yang kami bina sepanjang hayat kami sehingga ia menjadi syarikat berstatus global”.

AirAsia turut mendakwa tidak pernah terlibat dalam sebarang siasatan Serious Fraud Office United Kingdom (SFO) mengenai Airbus mahupun dipanggil untuk menjelaskan mengenai insiden itu kepada SFO.

AirAsia berkata demikian setelah merujuk kepada artikel bertajuk “AirAsia directors/staff got RM240 mil bribe from Airbus, court docs say” yang mendakwa berlakunya penajaan secara salah oleh Airbus untuk pasukan perlumbaan Formula 1 yang turut menjalankan promosi ke seluruh dunia termasuk AirAsia, AirAsia X, GE dan Airbus.

“Siasatan SFO yang dilaporkan memakan masa empat tahun itu tidak pernah sampai ke pengetahuan pihak kami untuk sebarang penjelasan. Ini adalah jelas menyalahi prinsip keadilan undang-undang”.

Justeru, pelepasan jawatan sekurang-kurangnya selama dua bulan ini dibuat bertujuan untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan secara bebas.

Bagaimanapun, memandangkan keadaan ekonomi semasa yang dihadapi oleh industri syarikat penerbangan, Lembaga Pengarah AAGB telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif yang meletakkan kedua-dua Tony dan Kamarudin sebagai penasihat syarikat.

Berikut merupakan beberapa fakta penting berkenaan pembabitan AirAsia dengan skandal rasuah Airbus:

  1. (31 Januari 2020) – Mahkamah Crown Court mengarahkan Airbus SE untuk membayar RM5.3 bilion kepada SFO kerana didapati terlibat dalam kes rasuah peringkat global.
  2. AirAsia dan AirAsia X telah disebut sebagai antara syarikat yang menerima rasuah dalam bentuk tajaan ke atas sebuah pasukan kereta lumba daripada Airbus SE.
  3. Dakwaan jumlah rasuah yang AirAsia dan AirAsia X terima untuk tajaan pasukan milik mereka adalah sebanyak RM206 juta.
  4. Berlaku tawaran tambahan sebanyak RM226 juta oleh pegawai senior Airbus SE namun dihalang menerusi langkah pembekuan akaun SMO International yang juga merupakan rakan kongsi mereka.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GLOBAL

Video Popular