Kita boleh menganggap mungkin sikap sesetengah orang di Malaysia suka melihat orang lain dari segi luaran dan terus berpendapat negatif tanpa berfikir dan usul periksa terlebih dahulu.

Lebih-lebih lagi ketika berada di alam pekerjaan, anda mungkin akan menemui rakan sekerja yang suka ‘berpolitik’ demi memperlihatkan diri lebih baik daripada orang lain, dengan harapan mereka akan dapat ke hadapan dan diberi pujian walaupun prestasi kerja tidak seberapa.

Seorang Pengurus Kawalan Kredit dari sebuah hospital swasta meluahkan rasa hati menerusi laman LinkedIn apabila pasukan pekerja bawahannya yang dedikasi telah disalah erti bekerja mencuri tulang.

Unsplash/Gambar Hiasan

Posting itu yang turut dikongsi dan dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dengan luahan rasa seperti berikut:

Hari ini saya telah dipanggil oleh majikan untuk memberi penjelasan…

Kerana rakan sekerja nampak pekerja bawahan saya sudah mula lepak selepas pukul 5.30 petang dan kami semua habis waktu kerja pukul 6.00 petang.

Soalan yang ditujukan sama ada saya bersikap bersahaja dengan pekerja bawahan, sementara rakan sekerja lain dalam bilik pejabat yang sama masih sibuk bekerja walaupun selepas pukul 5.30 petang.

Saya memberi penjelasan dalam budi bicara yang mudah dan sopan,

Pekerja bawahan saya telah berusaha sebaik mungkin pada hari itu untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan setiap hari untuk mereka! Mereka mesti memastikan segala tugas yang diberi diselesaikan sebelum pukul 4 petang!

Mereka berusaha sebaik mungkin dengan susah payah sehinggakan pada waktu makan tengah hari, hanya berehat sebentar dan terus gigih bekerja dan perkara itu tidak pun disedari oleh sesiapa!

Unsplash/Gambar Hiasan

Saya berasa amat bersyukur memiliki pekerja terbaik seperti mereka yang sangat efisen serta dapat memenuhi segala kehendak sasaran dan tarikh akhir tugasan yang diberikan. 

Kami juga telah mengikuti dan menyelesaikan segala perubahan yang berlaku dalam proses kerja yang semua orang tidak nampak! Sasaran kutipan bulanan sentiasa kami penuhi dengan pencapaian terbaik tanpa pernah gagal!

Sementara orang ini yang merungut dengan cara kami bekerja, bekerja lebih masa sehingga waktu malam tetapi kerja mereka tidak pernah selesai mengikut masa yang ditetapkan!

Tetapi mengapa persoalan ini timbul? Jawapannya mudah sahaja kerana pekerja Malaysia suka melihat kegigihan bekerja berdasarkan jumlah masa bekerja yang dihabiskan! Bukannya produktiviti pekerja!

Sementara di negara lain, sekiranya anda berjaya mengurus dan menyelesaikan kerja mengikut sasaran dalam jangka waktu yang ditentukan, maka anda boleh pulang lebih awal!

Dan di Malaysia, sekiranya anda sudah habis bekerja lebih awal, maka ini bermakna anda tidak diberikan kerja atau tugasan yang mencukupi pada hari itu!

Unsplash/Gambar Hiasan

Fikir-fikirkan supaya kita boleh mengubah sikap dan persepsi ketika bekerja jika mahu merealisasikan impian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju yang menjadi contoh teladan negara lain.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular