Jelas namanya kucing kembar, jadi sudah pasti mereka dilahirkan pada hari yang sama tetapi mengapa terdapat perbezaan yang besar?

Pemilik kucing ini, seorang netizen dari Jepun bernama Sayuyasu mempersoalkan kerana dia menjadi keliru dengan tumbesaran dua ekor kucing kembarnya yang tidak serupa kucing kembar.

@SHAKEhizi_BSK/Twitter

Sayuyasu berkata dia memelihara 5 ekor kucing di rumah yang kesemuanya mempunyai sejarah silam yang memeritkan. Sayuyasu mengambil mereka dari pusat perlindungan haiwan dan memelihara mereka dengan sepenuh kasih sayang.

@SHAKEhizi_BSK/Twitter

Seekor kucing warna oren Sayuyasu telah melahirkan dua ekor anak kucing dengan rupa mereka yang seiras dan tompok hitam yang lebih kurang serupa tetapi tumbesaran salah seekornya telah mengelirukan Sayuyasu.

@SHAKEhizi_BSK/Twitter

Sayuyasu tidak dapat menahan diri daripada terus mempersoalkan bagaimana kucing kembarnya mempunyai tumbesaran yang berbeza, seekor lebih besar dan seekor pula bersaiz kecil, seperti ibu dengan anak, walhal mereka adik-beradik kembar.

@SHAKEhizi_BSK/Twitter

Dalam laman Twitter, kapsyen Sayuyasu dengan muat naik gambar kucing kembarnya, “Dua adik-beradik kembar ini sememangnya dilahirkan pada hari yang sama bukan?”

@SHAKEhizi_BSK/Twitter

Kata Sayuyasu, si comel adik-beradik kembar ini dilahirkan pada hari yang sama oleh kucing oren miliknya yang paling senior.

@SHAKEhizi_BSK/Twitter

Mereka dibesarkan dalam persekitaran yang sama serta diberi makanan berzat yang sama, tetapi tidak berada pada landasan tumbesaran yang sama.

@SHAKEhizi_BSK/Twitter

Saudara si kembar yang berwarna hitam dan oren bersaiz sama seperti ibu mereka, si kucing oren senior yang mana mereka membesar secara normal.

@SHAKEhizi_BSK/Twitter

Tetapi si kembar ini memiliki dua saiz badan yang berbeza, seperti dibesarkan dengan cara yang berlainan walhal serupa sahaja.

@SHAKEhizi_BSK/Twitter

Selepas Sayuyasu memuat naik gambar kucing kembarnya ini, ia telah menarik perhatian netizen dengan mengatakan ia satu kes yang sangat menarik.

@SHAKEhizi_BSK/Twitter

Tetapi ada pula kalangan netizen yang tidak berasa terkejut kerana mereka sebagai pemilik kucing menyaksikan tumbesaran kucing mereka sama seperti Sayuyasu.

@9_rii522/Twitter

Seorang netizen menulis, “Tiga ekor kucing saya dilahirkan pada hari yang sama, dan berat mereka kini 9 kilogram, 6 kilogram dan 4 kilogram, ha ha ha.”

@coco_moa/Twitter

Seorang netizen memuat naik gambar kucing kembarnya yang berwarna tompok oren lebih kecil daripada saudaranya yang berwarna tompok hitam.

Sebelum…

@coco_moa/Twitter

Selepas…

@coco_moa/Twitter

Netizen ini memiliki kucing kembar dengan bulu mereka yang berlainan, seekor berbulu lebat dan gebu manakala seekor lagi seperti kucing tipikal yang lain.

@lalala_vvx/Twitter

Walaupun wajah mereka seiras…

@_u_raraka0H0/Twitter

Pemilik kucing dan haiwan peliharaan boleh mempertikaikan, namun itulah kejadian Tuhan yang menentukan!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular