BEIJING – Seorang bayi yang baharu sahaja dilahirkan di Wuhan dan hanya berusia 30 jam telah disahkan positif jangkitan wabak koronavirus.

Laporan CCTV dari China memaklumkan bahawa kelahiran bayi dari sebuah hospital di Wuhan telah disahkan positif wabak koronavirus dengan menjadi mangsa paling muda dijangkiti ketika baru berusia 30 jam. 

Kes terbaru ini mencetuskan kebimbangan bahawa wabak koronavirus boleh berjangkit kepada bayi ketika masih berada di dalam kandungan.

Menurut laporan, ibu bayi merupakan mangsa yang juga disahkan positif dijangkiti koronavirus sebelum bayi tersebut dilahirkan. 

CCTV memetik laporan pakar dengan berkata, ia mungkin kes “transmisi menegak”, berdasarkan kepada jangkitan yang disebarkan daripada ibu kepada bayi semasa hamil, ketika kelahiran atau dengan keadaan serta-merta selepas itu.

Sementara itu, Dr. Zeng Lingkong yang merupakan doktor kanan Jabatan Neonatal Hospital Kanak-kanak Wuhan berkata, kes tersebut memberi isyarat bahawa semua pihak harus prihatin dan peka dengan kemungkinan laluan penyebaran baharu wabak koronavirus.

“Wanita hamil perlu menjauhi pesakit yang dijangkiti,” katanya.

Suruhahjaya Kesihatan Kebangsaan China dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pesakit koronavirus tertua berusia 90 tahun dan 80 peratus kematian yang dilaporkan merupakan pesakit berusia 60 tahun dan ke atas.

Setakat ini wabak koronavirus telah meragut nyawa hampir 600 mangsa di China dan menular ke 20 buah negara di seluruh dunia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular