Dalam apa juga perayaan, ia merupakan hari dan masa untuk berkumpul bersama keluarga, saudara-mara serta sahabat-handai.
Bagaimanapun, seorang mak cik menghabiskan masa itu di satu tempat pembuangan sampah di Woodlands, Singapura ketika hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina.
Insiden ini dirakamkan oleh seorang lelaki bernama Fai Bani yang kebetulan berada di satu kawasan kejiranan di situ ketika mahu keluar makan tengah hari bersama ibu bapanya.
Dia berada di dalam kereta ketika melihat seorang mak cik sedang membongkok melihat sisa sampah di tempat pembuangan sampah, jadi dia menjadi kasihan dan memutuskan untuk membuat kejutan pemberian angpau.
Fai Bani keluar dari keretanya dan menuju ke arah tong sampah berkenaan dan mahu menegur mak cik itu untuk menarik perhatiannya.
Dilihatnya mak cik itu sedang mencari sampah yang boleh dikitar semula untuk dijual.
Fai Bani tidak mahu melihat mak cik itu bekerja ketika semua orang sedang meraikan Tahun Baharu Cina dan memutuskan untuk membuat kebaikan pada hari itu.
Dia mengeluarkan wang 50 dolar (RM150) sebagai duit angpau dan memberinya kepada mak cik itu serta memintanya pulang ke rumah untuk meraikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga.
Kelihatan dalam video yang dirakam Fai menunjukkan dia mendekati mak cik itu dengan menyapa, “Auntie kerja pada Tahun Baharu Cina ke? Ini, Selamat Tahun Baharu Cina. Pulang ke rumah ya,” sambil Fai menghulurkan angpau 50 dolar itu.
Pada mulanya, mak cik itu enggan menerima pemberian angpau Fai Bani tetapi pemuda ini ikhlas dan berkeras mahu membantunya pada hari itu.
Akhirnya, mak cik ini menerima angpau itu dengan senyumannya yang manis bersama perasaan terharu serta mengucapkan terima kasih dengan kebaikan hati Fai Bani.
Fai Bani menulis dia membuat keputusan untuk memuat naik video itu di Facebook dengan tujuan untuk mengingatkan kepada orang ramai supaya terus membuat kebaikan kepada orang lain tanpa mengira kaum, bahasa dan agama.
Perkongsian yang menjadi tular dengan lebih 228,000 tontonan dan 3,000 perkongsian netizen serta pelbagai komen yang memberi sokongan serta memuji sikap prihatin dan kemurahan hati pemuda ini.
Syabas dan teruskan dengan sikap anda yang suka melakukan kebaikan kepada sesiapa sahaja.
Tonton video di bawah :
Maybe you're interested :
- Caltex Bachang ambil seorang gelandangan bekerja, dapatkan bilik sewa sambil mohon sumbangan sementara untuk membantunya membayar sewa
- Laporan Khas: Virus Wuhan disasarkan kepada pihak Komunis
- “Tidak semua orang duduk di rumah mewah,” Pemuda ini dedah mengapa ramai yang tidak bersetuju PKP 2.0 dilaksana