Setiap orang mempunyai jangkaan yang tersendiri. Tidak kiralah jangkaan terhadap sesuatu benda mahupun terhadap orang lain yang pastinya membuatkan kita berasa gembira ataupun kecewa pada akhirnya.
Bagaimanapun, adalah normal untuk kita menjangkakan sesuatu barangan yang dibeli untuk kelihatan sama, atau paling tidakpun hampir sama dengan apa yang diiklankan. Tetapi, nampaknya, sesetengah warganet mempunyai nasib yang agak malang apabila berbicara tentang ‘jangkaan’.
Walaupun hakikatnya mereka mungkin berasa kecewa, namun setidak-tidaknya, mereka berjaya membuatkan warganet di seluruh dunia berasa terhibur dengan apa yang mereka lalui kerana sejujurnya, apa yang berlaku sememangnya lucu.
1. “Wah, memang sama sungguh dengan iklan!”
2. Tetapi… pemilik Airbnb ini sebenarnya tidak menipu… Cuma, kita yang tertipu.
3. Beli kerana nampak menyelerakan, tetapi nampaknya….
4. “Gambar di sebelah kiri adalah baju anjing peliharaan yang saya tempah dalam talian, gambar di sebelah kanan adalah baju sebenar yang tiba pada hari ini.”
5. Adakah watak Captain America sudah bertukar wajah?
6. Jambangan bunga yang sebenar langsung tidak serupa dengan yang ditempah!
7. Kejutan! Selamat Hari Natal! Ho! Ho! Ho!
8. Adakah meletakkan ‘Friends’ untuk memberitahu mereka berempat itu kawan..?
9. “Tidak, saya tidak kecewa. Sekurang-kurangnya mereka tidak langsung membiarkannya kosong tanpa salutan…”
10. “Isteri saya menempah pencakar kucing berbentuk pokok kaktus secara dalam talian dan dua bulan kemudian dia menerima dua ikat tali tanpa kad arahan, tanpa kayu dan tanpa slip bungkusan.”
11. Adakah roti ini telah menyerap inti krimnya? Ke manakah intinya pergi?!
12. Mungkin minggu ini adalah minggu yang memenatkan bagi ‘Lego Man’ ini…
Maybe you're interested :
- Penculikan serta pembunuhan terhadap pengamal Falun Gong terus berlaku di seluruh China ketika pandemik
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai